Monday, May 4, 2015

Throwback Monday| Diary Switzerland - Zurich


Hari terakhir kami di bumi Switzerland. Kami check out dari hotel seawal 8 pagi untuk ke Lusen. Dari Brunnen kami mengambil masa lebih kurang 45 minit. Lusen dikatakan mempunyai showroom jenama Rolex terbesar. Namun kami tidaklah begitu teruja untuk ke sana.

Sejurus sampai di Lusen, kami masing2 membawa diri mencari barang2 yang ingin dibeli untuk dibawa pulang sebagai souvenir. Uniknya di sini harga di setiap kedai adalah sama. Kami membeli soft toy untuk dihadiahkan pada anak2 sekembalinya ke bumi Malaysia nanti serta sedikit buah tangan untuk anak2 saudara di kampung. Setelah selesai bershopping, kami berjalan2 mencari scene yang menarik untuk bergambar sebagai kenangan kami pernah menjejakkan kaki di bumi Switzerland.

Dua jam yang diberikan rasanya agak lama bagi kami yang tidak begitu gemar bershopping. Namun, kami tetap memanfaatkan masa yang diberi untuk melihat keindahan bumi Lusen.

2 jam telah berlalu. Kami dibawa ke sebuah restoran India untuk lunch serta menunaikan solat jama' Zohor dan asar. Selesai lunch, kami menuju pula ke Zurich. Sekali lagi untuk SHOPPING!

Masa yang diberikan kali ini lebih lama, 2 jam 45 minit! Aduh...panjangnya masa untuk bershopping. Kami sekadar mencari toilet dan berjalan2 untuk melihat suasana di Zurich memandangkan tiada apa yang ingin dicari. To be more precise, tiada apa yang perlu untuk kami beli. Souvenir untuk anak2, adik beradik serta kawan rapat telah kami belikan seawal di bumi German lagi. Tadinya di Lusen sekadar something extra sebagai reward untuk anak2 kerana mereka kami tinggalkan untuk tempoh yang agak panjang.

Saat ini, betapa tak sabarnya rasa hati untuk check in di hotel bagi melepaskan lelah serta bagi mempersiapkan diri untuk mengharungi tempoh 12.5 jam di dalam kapal terbang keesokan harinya.

Tak sabar rasanya untuk pulang ke Malaysia, bertemu dengan anak2 yang sekian lama dirindui. Buah hatiku Aisyah, jantung hatiku Amal dan Anis, kekasih hatiku Fathi, penghibur hatiku Hifdzi, manjaku Hasan dan cinta hatiku Muaz. Bagaimanakah agaknya keadaan mereka di saat ini? Sudah tidurkah mereka? Di Malaysia sekarang ini sudahpun menghampiri jam 12 tengah malam. Tentunya mereka sedang lena diulit mimpi.

Catatan ini dibuat di tengah2 bandaraya Zurich, saat kami sedang menunggu teman2 lain bershopping. Jam baru menunjukkan 4:54 petang. Masih ada waktu untuk bershopping selama hampir satu jam.


Najdah MH Hansen
Posted on May 4, 2015 @ 2129 hrs

No comments:

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers