Credit photo My Blog |
Sehingga hari ini, sudah banyak kali saya 'didatangi' mesej dari seorang stranger bertanyakan tentang 'rahsia' bisnes.
Hurm, ini antara soalan yang teramat susah untuk saya jawab kerana sememangnya saya tidak ada apa-apa rahsia. Rahsianya hanyalah satu, dari mula-mula kami suami isteri menjalankan bisnes, hinggalah saat ini, iaitu BUAT!
Yup, BUAT! Just DO IT! Tinggalkan segala alasan. Tinggalkan segala keluhan. Mulakan langkah pertama coz without the 1st step, there will be no 2nd, or 3rd step. Begitulah kami mula-mula dulu. Kami pun memulakan langkah pertama sebelum sedikit demi sedikit berlari-lari anak dan seterusnya berlari.
Bersikap JUJUR
Satu lagi 'RAHSIA' yang kami amalkan sejak dulu hingga sekarang ialah JUJUR, ie AMANAH. Jujur dan amanah dalam berniaga bagi kami merupakan asas kekukuhan sebuah bisnes. Jadikan manfaat yang customer kita bakal perolehi dari kita sebagai matlamat dalam berniaga, insyaAllah kita akan buat yang terbaik. Jangan jadikan keuntungan dunia sebagai matlamat. Sebaliknya kejarlah keuntungan akhirat. InsyaAllah keuntungan dunia akan mengejar kita.