Sunday, February 19, 2012

Turunkan Ilmu Pada Anak2

SweetHeart Lovely Keychain

Antara aktiviti di waktu lapang - design dan jahit PVC keychain. Makin hari rasa makin berbaloi bila dapat habiskan masa dengan benda2 berfaedah. Especially kalau anak2 dan hubby suka serta support. Bila diingatkan balik, rasa bertuah sangat coz masa sekolah rendah dulu, mama dah ajar menjahit (tangan dan mesin). So, bila dah besar camni, takderlah nak kena cari kelas jahitan. Bukan saja dapat jimat duit, bahkan boleh buat duit!

Moral of the story, kalau kita ada apa2 skill atau kelebihan, ajarkan pada anak2. Especially kalau anak dah tunjuk minat nak belajar. Setakat ni yang betul2 suka menjahit dan yang betul2 suka art, anak saya yang sulong, Aisyah. Dia suka sangat kalau tengok saya menjahit atau baking. Bila ada kesempatan, bila adik2 dia dah tido (tu pun dah tengah malam), boleh la saya bagi dia buat yang simple2. Tapi berjaga malam la jawabnya kami dua beranak... but it's worth it, coz dia happy... dan Alhamdulillah setakat ni, hasil dia cantik2 (^^).... betul2 anak mama... hehehe (mode perasan la tu... hihihi...)


Najdah Mohammed Hussain
Feb 19, 2012 @ 9:50am

Thursday, February 9, 2012

Flower Patch

Xtvt time2 boring.... cari baju atau seluar anak2 yang lama atau yang takder decoration, cari idea nak buat design apa, reka2, then gunting kemudian jahit patches. Hasilnya.... kan cantik tu (mode perasan) hehehe.... apa yang penting, anak2 suka dan saya pun happy bila tengok mereka gembira bila pakai baju atau seluar tersebut.

Simplest design


Ada kawan yang tanya saya, saya attend kelas jahit ker? Err.... confuse jap nak jawab. Jahitan kat atas tu, rasa2nya simple jer. Tak perlu nak attend kelas. Kalau nak menyulam, maybe perlu attend kelas sulaman atau boleh refer buku bagi yang dah ada asas. Atau kalau nak jahit baju kurung etc. memang la perlu attend kelas jahit. Tapi, kalau setakat nak jahit patch ni, atau nak tampung baju yang koyak, rasanya tak perlu kot.

Saya tak pernah pulak attend mana2 kelas jahit. Tapi, maybe sebab masa sekolah rendah dulu mama dah pun ajar camner nak jahit, either jahit guna tangan atau jahit guna mesin, dua2 pun mama dah ajar dulu. So, kalau setakat nak jahit yang simple2 tu, insya Allah boleh la. Bila fikir2 balik kan, Alhamdulillah la mama sanggup nak ajar dulu, kalau tak, mesti sekarang ni merangkak2 kalau nak jahit baju... huhuhu....

Moral of the story, masa anak2 kecik ni, ajar la mereka semua kemahiran yang kita ada. Especially kalau mereka tunjuk minat pada satu2 kemahiran tu. At least bila dah besar nanti, mereka boleh berdikari. Betul tak? (^^)


Najdah
Jan 30, 2012 @ 3:20pm

Monday, February 6, 2012

Weekend Xtvt

Tournament @ Summit - Hubby punya company tournament

Tengah prepare nak 'berperang'

Lepas 'perang', ke PWTC untuk Biz Function


Weekend jadi lebih bermakna bila dapat spend dengan anak2. Walaupun kadang tu, agak stress dengan gelagat mereka yang tak boleh duduk diam, tapi di situlah manisnya kehidupan... tulah yang hubby selalu pesan bila dia tengok saya stress sikit.... memang betul apa yang hubby pesan... bila anak2 happy, kita pun akan happy walaupun penat melayan segala karenah mereka... lagipun, bukankah anak merupakan amanah dari Allah? Buatlah yang terbaik untuk mereka, insya Allah besar ganjaran di sisi Allah....


Najdah
Jan 30, 2012 @ 2:55pm

Friday, February 3, 2012

Nama - Doa & Harapan


Just sharing my thoughts....

sekarang ni, ramai yang ketandusan idea bila nak namakan anak mereka. Kenapa yer? Maybe sebab mereka terlalu inginkan satu nama yang unik dan canggih coz dah jadi trend sekarang ni nama anak2 semuanya canggih2 belaka.

Bagi kami suami isteri, unik atau tidak, canggih atau tidak, semua tu tak penting. Apa yang penting pada nama adalah MAKSUD serta HURAIANnya kerana nama adalah DOA dan HARAPAN kita sebagai IBU BAPA terhadap anak2 yang dilahirkan. Baik maksud nama yang kita hadiahkan pada anak, insya Allah baik jugalah akhlaknya kerana setiap kali kita panggil dia dengan nama tersebut, kita sebenarnya sedang mendoakannya.

That's why, sejak sekolah rendah sampailah sekarang ni, bila saya introduce diri, saya akan sebut nama penuh, NAJDAH. Dan bila orang tanya saya nak panggil apa, saya akan jawab 'NAJDAH'. Nama pun dah singkat, rasanya tak perlu la nak disingkatkan lagi. Lagipun, nanti hilanglah maksud nama kalau dah disingkatkan. Tapi kan, ada jer yang singkatkan nama saya... huhuhu... sedih rasanya bila ada yang panggil dengan nama separuh ni... parents hadiahkan nama NAJDAH ni, walaupun tak seunik dan secanggih nama2 lain, merupakan doa dan harapan mereka supaya saya jadi hambaNya yang baik dan suka menolong orang. Hopefully, in future, semua kawan2 akan panggil saya NAJDAH, insya Allah....


Najdah
Jan 30, 2012 @ 2:45pm

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers