Monday, May 4, 2015

Laksanakan Tanggungjawab + Mendidik


Credit photo mamapeduli


Dari sejak mula berkahwin hinggalah saat ini, segala urusan rumahtangga, anak-anak, saya yang in charge sepenuhnya. Walaupun anak bertambah selang setahun - setahun setengah, saya tetap berkeras untuk tidak menggaji pembantu. Meskipun kerja-kerja rumah makin hari makin bertambah. Dalam erti kata lain, makin penat!


Kini, anak-anak perempuan kami dah mencapai usia matang, yang sulong dah pun 11 tahun. Usia yang sudah boleh dilatih melakukan kerja-kerja rumah. In fact, sepatutnya di usianya 11 tahun, dia dah pun mahir melakukan kerja-kerja rumah yang ringan.

Sebelum-sebelum ini, saya bertekad untuk melakukan sendiri semua kerja-kerja rumah dengan alasan itu tanggungjawab saya sebagai isteri/ ibu/ ketua rumah. Tapi saya terlupa bahawa antara tanggungjawab sebagai ibu adalah mendidik anak-anak supaya menjadi 'Orang'.

Memberi tugasan kepada anak-anak bukanlah bererti kita melepaskan tanggungjawab kita menguruskan rumahtangga untuk duduk goyang kaki di rumah. Sebaliknya kita sebenarnya melaksanakan tanggungjawab kita yang lebih besar, iaitu mendidik anak-anak supaya bila besar nanti mereka menjadi orang yang berguna, yang dapat memberi manfaat kepada  agama, keluarga dan masyarakat.

Sedari kecil lah kita sepatutnya mendidik mereka supaya berdisiplin, bertanggungjawab serta pandai mengurus diri.


Najdah MH Hansen

18.4.2015 @ 7:40am
Kangar, Perlis

No comments:

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers