Friday, October 23, 2009

Walimah Seorang Kenalan



Alhamdulillah weekend baru ni kami dapat menghadiri majlis aqad seorang kenalan di Gombak. Walaupun sebelum ni kami hanya pernah bertemu sekali jer, itupun masa first time kami berkenalan di Giant Batu Cave beberapa tahun yang lalu, tapi kami selalu berhubung melalui sms. Mudah-mudahan ukhuwwah yang terjalin ni akan terus berpanjangan... insya Allah... dan kepada kenalan kami, Yusra, kami mendoakan mudah-mudahan jodoh Yusra dan suami berkekalan ke akhir hayat... insya Allah...


Written on Oct 22, 2009 @ 10:00pm


Thursday, October 22, 2009

Deko Lagi!

Hari ni sambung balik kerja yang tertangguh dua hari lepas... fuh! kali ni penat sikit coz nak kena drill tempat tinggi... tapi Alhamdulillah akhirnya berjaya jugak walaupun ramai 'assistant' yang nak 'membantu'... :p

bila dah pasang shelf kat atas TV ni, baru la ada tempat nak letak DVD player... pastu senang la nak simpan koleksi DVD anak-anak

haa... barulah nampak kemas....

assistants....

setelah dikemas kini....

semua toy simpan dalam storage box ni.... barulah nampak kemas.... sebelum ni semua display kat rak....

siap ada model lagi! rambut pun belum sikat... huhu

tadaa.... files and folders tersimpan rapi kat dalam boxes ni...

next, operasi memasang curtain rod ngan rail kat belakang pintu, nak sangkut sejadah...


Written on Oct 22, 2009 @ 6:00pm

Wednesday, October 21, 2009

Bahaya Naik Motor Pakai Selipar


Sekadar gambar hiasan

Weekend baru ni, kami beraya ke rumah bos hubby dekat Templer. On the way ke sana, ternampak sorang wanita naik motor ngan hubby dia. Pakaian agak seksi - t-shirt lengan pendek dan seluar/skirt pendek, menampakkan betis. Kaki pulak sekadar pakai selipar jer!

Apa yang menarik perhatian kami, cara pemakaian ketika menaiki motor. Kebanyakan orang tak ambil berat pasal pemakaian dan keselamatan ketika menaiki motor ni. Especially golongan wanita. Bagi mereka cukup sekadar memakai topi keledar. Pakaian pulak, takder ciri2 keselamatan. Kaki pulak cukup sekadar ditutup dengan selipar.

Saya pernah accident dengan hubby masa mula-mula kawin dulu. Masa tu kami on the way ke tempat kerja. Jalan jam. Tetiba jer ada sorang pakcik tu keluar simpang secara mengejut. Hubby pun elak la. Masa tu hubby bawak motor cam biasa, slow jer. Tapi kami terjatuh jugak. Terkejut masa tu. Alhamdulillah la sikit jer luka. Hubby luka kat tapak tangan, saya luka kat siku. Pakai lengan panjang dah tu!

Cuba bayangkan, kalau lengan panjang pun boleh luka, apa akan jadi kalau pakai lengan pendek jer. Mesti lebih parah lagi! Hubby cakap, bila jatuh motor, first kita akan tahan dengan tangan. Kalau tak pakai glove, tapak tangan kita akan sakit. So, kita akan tahan dengan siku pulak. Kalau pakai lengan pendek, siku kita pulak yang akan sakit. Kita tahan dengan bahu pulak. Kalau bahu sakit, kita akan rebahkan badan. Last-last, habis semua luka! Kalau setakat luka, ok lagi. Maunya patah tulang bahu. Tak ker sakit tu....

Ok, masuk bab kaki pulak. Bila kita nak jatuh, mesti kita akan tahan jugak dengan kaki kan. Kalau pakai selipar, maunya tercabut kuku macam kawan saya dulu. Tercabut kuku ibu jari kaki dia masa dia jatuh motor dulu, gara-gara pakai selipar. Ngeriiiii!!! Tiap kali kami ternampak orang naik motor pakai selipar ni, kami rasa risau sebab kami tahu bahaya dia. Belum terkena belum tahu. Tapi, baik lah tak kena.

Syukur Alhamdulillah la kami tak pernah accident teruk. Sebab tu lah kalau kami nak naik motor, kami akan pastikan pakaian kami tu sesuai - lengan panjang, seluar panjang, stokin dan kasut. Hubby pulak pakai glove, baju reflector. Dekat helmet pun sama, tampal reflector kat belakang dia. Dan disebabkan tudung saya labuh, kawan kami nasihatkan supaya saya pakai sweater, takut-takut tudung tersangkut kat lori ker, atau mana-mana yang boleh menyebabkan accident. Maklumlah, naik motor ni kan berangin, tudung asyik terkibar macam bendera :p

Bila accident, yang paling kesiannya, golongan wanita la. Kalau dah luka sana sini, mesti akan tinggalkan parut. Parut kat siku saya sampai sekarang pun tak hilang-hilang... huhu... Alhamdulillah la sikit jer....

Sayang la kaki dengan tangan yang cantik tu, anugerah Allah pada kita untuk dijaga dan untuk dipertontonkan pada suami. Kalau dah berparut sana sini, nak tunjuk kat suami pun rasa malu, betul tak?


Written on Oct 21, 2009 @ 11:40am

Tuesday, October 20, 2009

Casa Impian @ Deko Bersama Najdah (",)

Alhamdulillah pagi tadi lepas Aisyah gi sekolah, dapat mulakan kerja pengubahsuaian sikit.... heheh.... bunyi ubahsuai tu cam besar jer projek... takder lah.... sebenarnya, kami dalam perancangan untuk jadikan rumah kami lebih kemas dan teratur, tu jer.... bukan cam dalam Casa Impian tu.... yang tu costly.... tak mampu ler.... :p

Mula-mula, drill dinding kat dapur dulu.... nilah first time drill sendiri... seumur hidup tak pernah guna... dulu masa kecik-kecik, tengok jer ayah atau abang drill dinding, sekarang baru dapat merasa... seronok!

Dah sudah drill, pasang dish drainer kat atas sinki. Kami beli yang stainless steel, tahan lama sikit, tak karat. Hmm... senang guna yang walled-in ni, tak ganggu space kat atas sinki. Tak nampak serabut. Memang berbaloi beli.


Pastu pasang rail pulak kat dinding sebelah. Nak gantung bahan-bahan masak ngan supplement biar teratur sikit. Pun kena drill jugak. Alhamdulillah la weekend baru ni dapat beli drill kat Giant, tu pun last stock model tu. Lepas ni, senang la sikit nak buat kerja-kerja pemasangan ni. Kalau dulu paku terus jer. Tapi tak cantik la dinding, pecah-pecah. Guna drill ni, nampak kemas jer....


Pastu pasang shelf untuk letak sabun-sabun. Bila dah tersusun rapi camni, nak amik pun senang.


Kat pintu toilet, letak towel rail. Murah jer, beli kat IKEA. Rupanya kat IKEA ni ada jugak barang-barang yang murah. Barang dia pulak, berkualiti. Berbaloi beli. Tapi, sebenarnya kat IKEA ni barang dia tak mahal, kalau dibandingkan harga ngan kualiti dia la. For the long term, memang berbaloi. Pastu, furniture dia unik, kita boleh design ikut citarasa sendiri. Cuma buat sementara waktu ni, belum berkemampuan lagi la nak deko-deko ni...


Dalam bilik princesses pulak, pasang shelf. Senang nak simpan toy yang besar-besar, Muqaddam, rehal dan buku Iqra'. Pastu letak hook beberapa pieces buat sangkut storage, takderlah bersepah kat atas lantai tu. Barulah kemas.


Yang ni pun sangkut kat dinding, kemas dan teratur. Tapi takleh la sangkut tinggi sangat, nanti kang tak sampai pulak Aisyah ngan adik-adik dia nak amik toy.... maka jadilah toy tu sebagai hiasan.... :p


Haa.... barulah kemas sikit bilik anak-anak.... ni baru separuh dari koleksi toy diorang... lagi separuh simpan dalam box. Tapi tak sempat lagi nak kemas semuanya.... sambung esok pulak....



Written on Oct 20, 2009 @ 4:00pm

Monday, October 12, 2009

Anis 'Terkunci' Dalam Kereta


Petang ahad baru ni, kami keluar beraya ke rumah kawan kat Saujana Utama. Time nak balik, seperti biasa, hubby masukkan anak-anak ke dalam kereta, start enjin, pastu pasang air-cond untuk sejukkan kereta. Entah macam mana hari tu Amal boleh tinggalkan Anis sorang-sorang kat dalam kereta. Tengok-tengok, Anis dah pun kuncikan pintu! Masya Allah! Anak aku! Dah la dia tak pandai nak bukak balik kunci tu. Macam mana ni.....

Kebiasaannya, Amal ataupun Aisyah yang akan kuncikan pintu tiap kali hubby tinggalkan kami 5 beranak kat dalam kereta either untuk ke toilet, ke surau atau ke kedai, on safety precaution. Tu memang dah jadi rutin kami. Dan kebiasaannya, Amal dan Aisyah tak tinggalkan Anis sorang-sorang cam tu. Tetiba jer hari tu diorang tinggalkan Anis sorang-sorang....

Macam-macam kami cuba buat malam tu... kami cuba suruh dia turunkan tingkap depan, tapi disebabkan dia masih kecil, dia tak faham sangat instruction yang kami beri.... dalam suasana panik tu, kekadang rasa lucu pun ada bila tengok gelagat dia.... bila kami ketuk tingkap minta dia turunkan tingkap depan (auto), dia pun ketuk jugak, dia sangkakan kami ajak dia bermain.... bila kami suruh dia tekan/pijak butang untuk turunkan tingkap, dia tak pijak pulak.... kebiasaanya, dia suka main butang tu... dan tiap kali dia ke tempat duduk depan, dia mesti akan terpijak butang tu.... tapi malam tu, sekali pun dia tak terpijak.... bila kami suluh torchlight untuk guide dia supaya dia tekan butang tu, dia pun amik torchlight jugak....

Macam-macam lagi yang kami cuba.... masa hubby bagi instruction kat Anis, saya cuba turunkan tingkap dari luar... malangnya tak berjaya.... sakit tangan ada la.... aduhai anak mama.... nak buat camner lagi ni.....

Sedang kami kerisauan kat luar, dia seronok bermain kat dalam... macam-macam gaya dan aksi yang dia buat.... kejap-kejap, dia ke depan, kejap-kejap dia ke belakang balik... pastu dia baring kat atas seat belakang... risau kami, kot-kot la dia tidur... tapi Alhamdulillah la last sekali, dalam setengah jam kemudian, masa dia tengah main, dia terpijak butang tu... walaupun tingkap hanya terbuka sedikit, tapi kami berjaya tekan butang tu menggunakan kayu, boleh la bukak pintu lepas tu...

Gabra kami malam tu.... risau sangat-sangat... syukur la takder apa-apa yang berbahaya.... kesian pulak kat kawan kami malam tu... dalam kesibukan menyediakan juadah untuk ahli mesyuarat, terpaksa membantu kami dalam usaha 'rescue' Anis.... terima kasih banyak-banyak la pada depa suami isteri....

lepas kejadian tu, kami train Anis bukak tingkap tiap kali kami minta, as a precaution.... tapi, mudah-mudahan tak jadi camni lagi dah lepas-lepas ni.... hopefully....


Written on October 12, 2009 @ 4:25pm

Friday, October 9, 2009

Tips - Open House


Sejak Syawal 2006, dah menjadi rutin kami untuk mengadakan gathering Syawal (a.k.a Open House) secara kecil-kecilan sekadar untuk mengumpulkan kawan-kawan terdekat serta adik beradik yang tinggal kat KL ni. Ingat lagi first time buat Open House ni, penat sangat-sangat. Maklumlah, kami berdua masing-masing takder pengalaman. Banyak jugak la kesilapan yang kami buat. Antaranya :
  1. Over budget hidangan :- makanan yang dimasak terlalu banyak yang tak habis. Hubby cakap dia jemput dalam 30 orang, saya pun budget la makanan untuk 30 orang. Yang tak tahannya, saya masak semua hidangan untuk 30 orang. Tuu dia! Dah la masak dua jenis heavy meals - Nasi Ayam Hainan ngan Spaghetti. Pastu buat Cheesecake lagi, fruit jelly lagi, muffin lagi, dua jenis tart lagi, mini pizza lagi, dadih lagi, cocktail lagi...... fuhh... penat nak kena habiskan semua tu.... seminggu pun takleh nak habiskan....
  2. Expect semua jemputan akan hadir :- masa tu kami terlupa pulak, time raya banyak open house, jadi tak semua yang kami jemput dapat datang... ada la dalam 60% jer yang datang... unless yang dijemput tu, kawan rapat ataupun tinggal berdekatan.... dah la tak semua dapat datang, yang datang pulak makan sikit jer... tu antara sebab makanan banyak yang tak habis....
  3. Tak guna disposable plate/cup :- hubby dah tanya dah, nak beli pinggan polisterin ke takyah. Sebab nak jimat punya pasal, saya cakap kat dia takyah, boleh basuh. Ingatkan sempat la nak basuh, rupa-rupanya..... fuhh.... penat tu satu hal, lepas basuh satu trip, tak sempat nak duduk, dah nak kena basuh yang lain pulak.... dah la tu, tak sempat pun nak beramah mesra ngan tetamu.... last sekali, matlamat kami untuk merapatkan ukhuwwah tak tercapai... bukan tu jer, badan pun penat... pagi masak, pastu sehari suntuk kena basuh pinggan ngan cawan, malam pulak kena basuh periuk, kuali dan perkakas-perkakas dapur yang lain.... tidur pun lewat, dalam kul 3-4 pagi!! dah la malam sebelum tu pun tidur lewat sebab masak dessert.... penaaaaaaaaaat.....
  4. Silap set masa jemputan :- masa tu kami tetapkan waktu Open House dari tengahari sampai petang. Sangkaan kami, tu adalah waktu yang ideal, tapi rupanya sangkaan kami salah! Musim raya, semua pakat buat open house. Jadi, kalau buat sekejap jer (dari tengahari sampai petang), tak ramai yang boleh datang sebagaimana waktu yang kita tetapkan.... mesti akan terlajak sampai ke malam....
Tahun-tahun berikutnya, kami belajar dari kesilapan... pinggan mangkuk, cawan, sudu garfu semua guna yang disposable.... makanan budget untuk 80% dari jumlah jemputan, waktu open house kami tetapkan dari 2pm sampai tengah malam.... Alhamdulillah dah tak sepenat dulu.... pastu dapat beramah mesra ngan tetamu yang hadir.... syukur sangat-sangat....

Saper-saper yang pernah rasa penat time buat open house, saya syorkan kurangkan kerja extra (eg. basuh pinggan mangkuk).... mudah-mudahan apa yang saya ceritakan kat sini, dapat memberi manfaat pada kita semua, insya Allah....


Written on Oct 9, 2009 @ 2:27pm

Monday, October 5, 2009

Open House

Alhamdulillah pada sabtu lepas (3 October 2009 bersamaan 14 Syawal 1430) kami berjaya mengadakan Open House di kediaman kami dan Alhamdulillah juga ramai di kalangan keluarga dan sahabat handai yang dapat hadir.

Sebenarnya sudah menjadi kebiasaan kami untuk mengadakan Open House tiap kali Syawal, cuma bezanya pada tahun-tahun lepas kami hanya menjemput sahabat handai yang tinggal berdekatan memandangkan rumah kami kecil dan dikhuatiri tidak muat untuk menerima kunjungan tetamu yang ramai.

Tapi tahun ni, kami buat keputusan untuk menjemput semua sahabat handai kami dari serata pelusuk KL. Biarlah rumah kami sesak sikit hari tu, yang penting dapat berjumpa dan dapat merapatkan lagi ukhuwwah antara kami.

Cuma kesian pada beberapa kenalan kami yang terpaksa makan di depan pintu kerana tak cukup tempat duduk di ruang tamu.... alahai... kesiannyer... nak kena kumpul duit cepat-cepat untuk beli rumah besar sikit ni...

Menu Open House kali ni - mee bandung, spaghetti, satay Hj Samuri, chocolate muffin, kek batik, jelly dan pineapple tart (Alhamdulillah semua dapat masak sendiri kecuali satay dan tart)

ayah saudara serta isteri dan anak menantu dan cucu-cucunya

sahabat CA, Fadhil dan Asma serta anak-anak

sahabat CA, Ali dan isteri serta anak dan sahabat cawangan, Azfar dan isteri, Muni

kakak ipar dan new born baby, Harraz

my kids and their cousins, tengah melayan Ice Age 3 kat dalam bilik

sahabat CA, Zatil, kak Ani and kak Siti (tengah riba Fathi) with her son, Ikhwan and abang ipar (kat belakang)

kak Siti and her hubby and son, kawan hubby (kat belakang ngan wife and anak-anak)

sahabat CA, Tabarani and wife, Lis serta anak, Iman and kawan hubby and wife

sahabat CA, Mustaim and his son

sahabat CA, Zahid and his son, Ziyad

tetamu terakhir hari tu, sahabat cawangan ngan isteri masing-masing, menutup tirai Open House pada hari tersebut....

Alhamdulillah.... segalanya berjalan lancar.... syukur sangat-sangat coz dapat berjumpa ngan sahabat handai, especially yang dah lama tak jumpa... mudah-mudahan tahun-tahun berikutnya kami dapat jemput lebih ramai lagi.... walaupun dua tiga hari lepas tu masih keletihan, hinggakan tak larat nak masak untuk marhaban semalam, tapi rasa berbaloi sangat-sangat....



Written on October 8, 2009 @ 1:11pm

Syawal 1430 (Sept 2009)

Salam 'Idul Fitri to all my friends and all muslims....

(Photos of my family on Syawal morning)

My beloved husband and kids (Color theme : Purple)

My parents, sister and brother in-law... (not in picture : 2 brothers and a sister)

With Atuk and Tok Ayah

With Atuk and Cik Anie

With Pakcik Apit


1 Syawal at Kelantan, my hubby's hometown... 3 Syawal, head to KT, my hometown....


Written on October 5, 2009 @ 1:04pm

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers