Friday, January 16, 2009

Walimah 2 Sahabiah

Alhamdu lillah, time cuti ‘Idul Adha Dec lepas sempat ziarah kak Ma (Kasuma) dekat rumah mentuanya di Bachok. Dapat jugak tengok baby kak Ma, Nur Irdina Batrisya yang lahir Oktober lalu. Tapi tak dapat nak amik gambar coz masa tu dah malam. Walaupun pertemuan kami hanya sekejap, tapi kak Ma sempat berkongsi pengalaman pertamanya bersalin. Gerun dan ngeri bila dengar kak Ma bercerita. Bukan sebab susahnya nak bersalin, tapi sebab kesilapan nurse dan doktor yang menjadikan pengalamannya bersalin amat perit. Nak tahu bagaimana, calling-calling la kak Ma…

Tak Dapat Berita

Masa kami ziarah kak Ma baru kami dapat tahu yang sahabiah kami, Zuraini akan melangsungkan pernikahannya pada Khamis 11 Dec 2008, tarikh yang sama dengan kak Ani. Mungkin disebabkan jauh, berita tentang walimahnya tak sampai kepada kami. Tambahan pula, laptop kami kebetulannya rosak sebelum tu, jadi tak dapat la nak bukak email.

Zuraini & Zubir

(Bergambar dengan Zu di bilik pengantin)

Syukur Alhamdu lillah cuaca hari tu agak baik, tak hujan. Pagi tu, kami ke kenduri Zuraini dan pasangannya, Zubir di Pasir Puteh. Disebabkan kekangan masa, kami tak sempat tunggu ketibaan pengantin lelaki. Tak dapat nak kenal siapa suami Zu. Mudah-mudahan HAMCA akan datang, kami berkesempatan untuk berkenal-kenalan dengan akhi Zubir, Insya Allah.

Siti Rohani & Najieb

(Kak Ani dan Najieb di atas pelamin)

Selepas bergambar dengan Zu (masa tu baru nak touch up), kami ke kenduri kak Ani di Pasir Mas. Kebetulan masa kami sampai kat rumah kak Ani, rombongan pengantin lelaki baru sampai. Apa lagi, kami pun join rombongan. Husband pun as usual la, jadi photographer sambilan (“,). Alhamdu lillah, selain dapat bertemu mata dengan kak Ani serta Zatil, kami juga sempat bertemu dengan kak Yuyu dan kawannya, serta Arif dan isteri, Linda.

(dari kiri Arif, Linda, kak Yuyu dan kawan)

Mudah-mudahan mahligai yang dibina oleh dua orang sahabiah kami ini berkekalan hingga ke syurga, Amin…



Wassalam…
Najdah MH
January 16, 2009
8.14pm

Perjalanan Yang Memenatkan

Due dah dekat, tapi kami suami isteri masih belum ada keputusan muktamad nak bersalin kat mana. Last check-up, kami ke Poliklinik Ikhwan di Country Homes, Rawang. Cadang nak bersalin kat sana. Selain dari kos yang agak murah (dari RM800-RM900 untuk bersalin normal), servisnya pun agak bagus. Tapi ada satu perkara yang membuatkan kami fikir dua kali, peralatan kat situ tak begitu mencukupi. Takut-takut nanti ada apa-apa complication, susah…

Balik Kampung

Fikir punya fikir, last-last kami buat keputusan untuk balik bersalin di kampung husband (Kelantan). Last minute punya keputusan (tupun atas nasihat kedua-dua mama kami). So, apa lagi...saya pun start packing pakaian dan barang-barang keperluan harian yang lain, kemas rumah dan basuh baju. Alhamdu lillah dapat tinggalkan rumah dalam keadaan bersih.

Kereta Rosak di Genting Sempah

28hb Dec 2008 : seperti biasa, tepat jam 4.30am, kami bertolak dari Damansara Damai. Singgah isi petrol kat Shell. Tiba-tiba, datang 2 orang budak cina nak pinjam spanar untuk baiki motor. Kebetulan kat dalam kereta kami memang ada tools, husband pun bagi pinjam. Dia join sekali, tengok budak-budak tu baiki motor. Ada la dalam 7 orang semuanya. Saya dan anak-anak tunggu kat dalam kereta. Dekat sejam jugak kami stuck kat situ. Lebih kurang 5.30am, kami memulakan semula perjalanan. Tak sampai 5 minit, husband tanya, lampu meter nampak malap tak coz dia tengok macam malap jer. Dia risau takut-takut alternator (battery charger) rosak. Saya yang masa tu tengah mengantuk teragak-agak nak jawab. Sekali tengok macam malap, tapi tak sure coz mata tengah mengantuk. Lebih kurang 6am, kami singgah di Petronas untuk solat subuh. Lepas matikan enjin, husband try start balik. Tak hidup! Sah alternator rosak!

Kena Tunda

(Sedang tunggu tow truck)

Alhamdu lillah kat situ ada pekerja Petronas yang kenal pomen dekat-dekat situ. Dia suggest tunggu pagi sikit baru call pomen coz kalau call waktu tu confirm kena caj mahal. So, kami pun tunggu lah dalam sejam lebih. 7.40am, pomen datang bawa tow truck. Memandangkan kereta tak hidup langsung, terpaksalah kena tunda. For the first time dalam hidup kereta kena tunda. Nak kata malu, tak jugak. Tapi yang pasti time tu teramatlah mengantuk. Terbayang kat mata tilam dengan bantal kat rumah. Huwargh….

Separuh Hari di Workshop


Awal-awal tadi, pomen tu cakap dalam pukul 10, kereta boleh siap. Ingatkan bila dah sampai kat workshop, boleh terus baiki. Tapi memandangkan barang ganti takder, terpaksalah tunggu lagi. Dekat-dekat 10am, baru boleh start baiki. Dalam 11am lebih, siap. Alhamdu lillah… Lepas bayar (kena ‘ketuk’ RM300), kami pun mulakan perjalanan. Baru jer keluar workshop, air cond pulak mati. Ya Allah! Banyak jugak ujian hari tu. Alhamdu lillah kat situ tak banyak sangat kereta, boleh la main reverse jer. Cek balik kat workshop tadi, pomen cakap ada masalah wiring. Pulak… nak tak nak, terpaksalah travel dalam keadaan tak ber ’air cond’. Kesian kat anak-anak. Terpaksa berpanas kat dalam kereta. 12tgh jugak baru selesai baiki kereta.

Lunch di R&R Genting Sempah

Untuk memastikan anak-anak tak meragam, kami pun lunch di R&R sebelum memulakan perjalanan. 1.15pm kami memulakan semula perjalanan. Alhamdu lillah, bila semua dah kenyang, perjalanan pun smooth jer, takder apa-apa masalah. Anak-anak boleh tidur walaupun tak pasang air cond.

Selamat Tiba di Kelantan

Alhamdu lillah, lebih kurang jam 9pm, kami selamat tiba di rumah parents selepas singgah di Pusat Perubatan An-Nisa'. Inilah perjalanan yang paling panjang dan memenatkan seumur hidup saya. Syukurnya rasa bila perjalanan berakhir. Tadi masa kat workshop ada jugak terfikir nak patah balik coz KL dekat jer. Tapi, bila teringatkan kat parents, balik jugaklah. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmah di sebaliknya. Lagipun takder yang lebih baik dari menggembirakan hati kedua orang tua.



Wassalam…
Najdah MH
January 16, 2009
5.18pm

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers