Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Monday, September 8, 2014

Dua Due Date


Masa mula2 detect pregnant (again), saya cek due date di web Baby Center. Based on calculation, EDD saya supposed to be on Nov 6 or 7.

1st check up, doktor bagi due Nov 7, 2013. Ok. Due date was saved in my calendar!

Pregnant kali ni, lebih kurang sama masa pregnant all 3 boys, Alhamdulillah takder alahan. Hasan still manja. The others pun dah start their tantrums again (this is normal bila depa nak dapat adik baru... huhuhu...). So, this time, it was quite exhausting coz I need to face 6 small, active, energetic kids...

Months passed by... Alhamdulillah every check-up I went through with no difficulties... the only 'bad' part was masa nak kena cek diabetes... huhu... nak tak nak, kena jugak minum air gula (><) ... other than that, semuanya fine Alhamdulillah...

Masa kandungan 5-6 bulan, doktor scan baby. On the screen, EDD was stated Nov 25! Hah? How come?? Such a huge gap between 6 and 25! Mana satu nak pilih ni?? Bincang2 dengan doktor, dia lebih yakin dengan result scan. So I was like 'Okeeeeey...' (eventhough I was a bit frustated)...

Hujung Oct, check-up di specialist. Doktor kira date based on 1st day of last period (basic normal calculation). EDD given, Nov 6! Hah? Pulaaak....

So I was like... err... doktor... my previous doctor said bla... bla... bla...

And the doctor was like... calculation based on tarikh period lebih tepat berbanding EDD masa scan. Reason dia, tarikh period tak berubah whereas EDD masa scan based on size janin which is tak fixed. Erm... betul jugak... now why didn't I think of that!?

So now, my actual EDD was Nov 6! And Alhamdulillah I gave birth to a healthy and cute baby boy on Nov 7, 2014 (^^)


Najdah MH
Sept 8, 2014 @ 0030 hrs

Saturday, June 16, 2012

Catatan Kehamilan Ke 6

For the first time, baby overdue. Others semuanya bersalin awal. Kali ni overdue 3 hari. Tapi walaupun dah sarat, malam sebelum due sempat lagi ke rumah ayah saudara kat Gombak... hehehe... semua terkejut bila saya cakap due keesokan harinya sedangkan saya masih larat mendukung Hifdzi dan kelihatan bertenaga...

Ahad, 10 June : Hubby ada appointment dengan kawan dia. Plan tengahari tu nak bawa anak2 keluar jalan2. Tup tup, keluar tanda ('turun darah'). So, terpaksa cancel... kesian pulak kat anak2...

Selepas siap2, hubby bawa saya ke klinik. Doktor cek, jalan baru buka 2cm. Tapi dia suggest supaya terus admit. So, kami pilih untuk admit ke wad satu katil (bilik Jupiter). Senang nanti anak2 boleh datang visit.

Anak2 datang visit

Seronok main dalam bilik sambil tengok kartun... huhuhu...

Ni lah ragam anak2 bila datang visit. Berlari ke sana ke mari, panjat katil, conquer katil, tengok kartun... huhuhu... Alhamdulillah kami admit ke wad satu katil... kalau tak....

Thursday, May 17, 2012

When You're Pregnant

Illustration only

When you're pregnant, it's normal to :

~ Loose your appetite in the 1st and 3rd trimesters (depends)
~ Crave for something, normally food, sometimes even the one you dislike before (depends)
~ Be emotionally unstable that sometimes you may even cry for no reason
~ Be more sensitive
~ Crave for more attention from your spouse especially during the 3rd trimester
~ Many more emotional changes....

All these are caused by the pregnancy hormones. Make sure that you learn how to cope with all these changes so that you enjoy your pregnancy up to the day you deliver your baby because your emotion affects your baby as well as your eating habits.


Najdah MH
May 17, 2012 @ 3:45pm

Tuesday, April 10, 2012

31st Week

Illustration only


Cepatnya masa berlalu... sedar tak sedar, dah pun 31 minggu pregnant. Kalau sebelum2 ni, sampai ke 39 minggu pun Alhamdulillah still boleh berlari kejar anak2 lagi, boleh exercise kejar anak2 kat playground, boleh dukung yang masih kecik... tapi kali ni, 31 minggu pun dah rasa terlalu exhausted. Nak lari kejar anak2 pun, kalau dah terpaksa sangat. Nak ke mana2 pun, kadang tu rasa cam kurang rajin jer... dukung Fathi dan Hifdzi pun sebab kesian kat depa bila depa merajuk.... Naper jadi camtu ek? Sebab tak larat? Dah makin bertambah usia?... hmm... actually sebab tenaga dah terlalu banyak digunakan untuk benda2 lain....

Dulu, tak perlu drive tiap hari. Sekarang tiap2 hari drive hantar dan amik Aisyah sekolah. For those yang drive kereta auto + power stereng, maybe it's a small matter. But me... I drive a manual car.... ulang sekali lagi yer, kereta MANUAL + stereng biasa... my mom said after dia pernah drive sekali my car – stereng kereta kami berat woo..... (bukan ayat dia la, just mafhumnya... hehehe) So, sekali tu jer lah dia drive my car.... huhuhu... but still, eventhough it's a manual, but it's our precious one... sentimental value tuu.... sayaang.... (^^)

Tuesday, June 21, 2011

Catatan Kehamilan Ke 5

I've been planning on writing this for ages... and only now I have the chance to do so...

Refreshing my mind.... 

My EDD was on 27 of July 2010, so we planned to head for Kelantan on the 22nd. Normally, I delivered within the 40th week of pregnancy, so our plan to hit the road on the 22nd was right. Unfortunately, on the 17th morning, I felt like I was having a contraction. But I thought it was nothing. So, we went out shopping as planned. I still felt the contraction though, sometimes.

When we got home that evening, we planned to head for Kelantan that night. But we were unsure whether that was the best decision to make. So we called mama to ask for her opinion. She told us to stay in KL. So, we went to the clinic instead to check on the baby, and guess what... I bleed! We chose to deliver the baby at Damansara Damai Medical Centre, the same clinic where I had Anis, but they wont take me coz I have no record there.

We had no other choice than to deliver the baby at Hospital Sungai Buloh... oh no!... government hospital?? our final choice! had to, not because we wanted to.... huhuhu....

First, we had to get someone to come over to accompany the kids. My brother couldn't come coz he had plans. So, we had to ask for my hubby's brother and his wife to come instead. Fortunately, they were available. So, we waited for them to come before going to the hospital.

They arrived at midnight. After everything had been settled, we went to the hospital. Done with the registration, I was warded. Hubby wasn't allowed to go in with me, so he had to wait outside :(

I stayed up all night, thinking whether or not to deliver the baby that night or just wait for tomorrow. I didn't know whether hubby was still waiting outside or he'd gone home to the kids. There was no way of knowing coz I couldn't get in touch with him... so difficult...

So I waited....

Thursday, February 5, 2009

Catatan Kehamilan Ke Empat (sambungan)

Lepas hantar saya balik kampung, husband balik semula ke KL sebab kerja. Tinggal la saya dengan anak-anak. Kebetulan masa tu parents husband ada kat Langkawi atas urusan kerja, keesokan harinya baru mereka balik, jadi terpaksalah minta mama saya temankan coz kat rumah takder orang. Takut jugak duk sorang-sorang time tengah sarat ni.

Tahun Baru

Alhamdu lillah, 2008 telah pun berlalu... sebelum tu risau jugak, kot-kot lah bersalin hujung tahun. Tapi, husband memang dah agak dah, paling awal pun 1 atau 2 Jan katanya. Hm…1 Jan KL cuti, so husband tak kerja. Kesian pulak kat dia duk sorang-sorang. Tapi biasanya dia ada banyak urusan. Lebih-lebih lagi dah dekat nak buka sekolah. Mesti dia sibuk dengan urusan PASTI. Confirm tak boring punyerlah…

‘Tumpah Darah’

1 Jan : Tengah malam tu, lepas husband balik dari meeting, bergayut kejap kat telefon. Sajer nak berbual… Pesan kat husband, beli tiket awal-awal. Kalau ikut plan, 2 Jan malam, husband naik bas coz budget bersalin dalam 2-3 hari lepas tu. Risau jugak takut takder tiket.

2 Jan : Pagi tu, masa nak solat subuh, keluar darah sikit. Teringat kat kata-kata husband, antara tanda-tanda nak bersalin, keluar darah. Lepas solat, terus call husband. Suruh dia beli tiket pagi tu jugak.

Admitted

Dalam pukul 10am, kedua-dua mama saya bawa saya ke Pusat Perubatan An-Nisa’ kat Kota Bharu. Doktor cek jalan baru buka 1cm. So, tak perlu admitted lagi. Tapi, kalau balik rumah dulu, nak ke klinik semula susah coz nanti anak-anak nak ikut. Tambahan pula, rumah agak jauh dari klinik. So, ma (mak mentua) dan mama nasihat supaya stay jer kat situ. Lepas admitted, ma balik ke rumah untuk tengok-tengokkan Aisyah, Amal dan Anis sementara mama temankan saya kat klinik.

Kronologi Kelahiran Fathi

Intro : Husband naik bas dalam pukul 9am. Budget sampai lebih kurang pukul 6.30pm. Dalam hati ni berdoa mudah-mudahan husband sempat sampai sebelum bersalin. Kalau boleh, biarlah husband sendiri yang mengazankan baby nanti.

Labour Room (1) : 4.30pm nurse bawa saya ke labour room. Masa tu, jalan baru buka 2cm. Nurse cakap lambat lagi. Tapi, kalau ikut kebiasaan, saya ni cepat bersalin.

Sakit dah semakin kuat, tapi jalan still tak bukak… Time nak bersalin Anis dulu, macam ni jugak. Masa tu, rasa pelik jugak, coz dah sakit sangat-sangat, rasa nak teran dah tapi jalan still tak bukak. Rupa-rupanya sebab saya tahan kencing. Nurse cakap, bila pundi kencing penuh, jalan tak bukak. Patut pun…

Kalau ikutkan sakit, nak jer bagitau nurse rasa nak kencing. Barulah cepat sikit bersalin. Tapi, kalau ikutkan hati, nak tahan jer biar lambat sikit bersalin coz nak tunggu husband sampai dulu. Tapi, kena lah tahan sakit…uwaa…

Balik ke Bilik (Kasih 3) : 6pm nurse bawa saya ke bilik semula. Katanya, saya lambat lagi nak bersalin. Memanglah lambat lagi coz saya sengaja tahan…hehhee…nak tunggu husband punya pasal… Terkejut gak mama bila tengok saya balik semula ke bilik tapi tak bersalin lagi. Saya cakap kat mama, baby nak tunggu papa dia…hehhee…

Husband Sampai : Alhamdu lillah tepat jam 6.30pm, husband sampai kat depan klinik. Bila husband dah sampai, barulah saya ke toilet. Lepas tu, sakit pun bertambah kuat. Bila nurse datang, minta nurse bawa ke labour room. Tapi, sebelum tu, nak solat maghrib ngan isya’ dulu.

Labour Room (2) : Selesai solat, dalam pukul 8pm, sekali lagi nurse bawa saya ke labour room. Kali ni husband ikut sekali (“,). Tak lama lepas tu, ada 2 orang lagi yang dimasukkan ke labour room - sorang dah 8cm, sorang lagi dah pecah ketuban. Sementara saya baru nak masuk 4cm.

Tahan Kencing : Nurse jangka saya lambat lagi bersalin, so semuanya sibuk menguruskan 2 orang tadi. Kesian pulak bila dengar salah sorang tu susah nak teran. Nurse cakap jalannya dah habis buka tapi dia seolah tak nak teran.

Tak lama lepas tu, saya mula rasa macam nak teran. Tapi bila nurse cek, jalan baru buka 4cm. Baru teringat, tadi minum air. Bagitau kat nurse nak kencing. Ingatkan nurse nak masukkan tiub untuk keluarkan air kencing macam kat Damansara Damai Medical Centre dulu (time bersalin Anis). Rupa-rupanya, dia letak bekas kat bawah saya, lepas tu suruh saya kencing. Isk…susahnya…dah la masa tu tengah baring…

Selamat Bersalin : Lepas kencing jer, bertambah la sakit. Memang betul cakap orang, bersalin tumpah darah ni lebih sakit berbanding pecah ketuban (sakit masa jalan nak buka). Tak lama lepas tu, saya minta nurse pecahkan ketuban. Bila dah pecah jer, terus rasa cam nak teran. Nurse cek dah 8cm.

Saya nak teran dah, tapi nurse cakap 10cm baru boleh teran. Masa tu tak teringat pulak time bersalin Anis, 8cm jer baby dah keluar. Nurse suruh saya mengiring semula coz cepat sikit jalan bukak. Bila saya mengiring jer, rasa kepala baby nak keluar. Cepat-cepat nurse baringkan saya. Tak sempat nak tarik nafas, terus teran. Alhamdu lillah sekali teran jer, Fathi selamat dilahirkan tepat jam 9.50pm dengan berat 3.35kg. Fuh…boleh tahan jugak… Kali ni Alhamdu lillah takder luka, so tak perlu jahit. Masa saya bersalin tu, 2 orang tadi masih belum bersalin.


Pegang Pengepit : Husband cakap, lepas Fathi keluar, dia terus pegang pengepit yang nurse guna untuk kepit tali pusat. Husband cakap masa tu dia risau sangat - takut pengepit tu tercucuk Fathi dan takut Fathi tergelongsor jatuh katil. Alhamdu lillah semuanya selamat. Lepas nurse letak Fathi dalam bekas kat bawah lampu, saya tengok tangan dia pegang dinding bekas tu. Happy bila saya tengok tangan kecil dia berpaut kat situ. Lupa sekejap rasa sakit.

Lepas saya dibawa semula ke bilik, husband pun balik ke rumah untuk menjaga Aisyah, Amal dan Anis. Teringat permintaan Aisyah pada saya masa nak ke klinik pagi tu…

“Ma…Aisyah nak baby boy pulak. Mama bawa balik baby boy na…”

Sejak lepas bersalin Anis dulu, memang Aisyah selalu cakap nak baby boy pulak. Alhamdu lillah, Allah mengurniakan Fathi kepada kami suami isteri. Boleh lah Fathi temankan papa dia keluar menjalankan aktiviti dakwah bila besar nanti… Insya Allah…



Wassalam…
Najdah MH
February 5, 2009
5.58pm

Sunday, October 5, 2008

Catatan Kehamilan Ke Empat

Habis jer tempoh nifas dengan istihadhah, terus datang ‘period’. Kali ni lebih cepat berbanding lepas bersalin Amal dulu. Isk…risau pulak takut mengandung lagi. Doktor suruh jarakkan. Katanya biarlah Anis setahun dulu sebab nak suruh rahim betul-betul sembuh. Entahlah…

Takder Alahan

Lebih kurang masa umur Anis 8 bulan, Alhamdulillah saya mengandung lagi. Kali ni lain sikit sebab takder alahan langsung. So masa mula-mula tak datang period hari tu, tak pasti la mengandung ke tak sebab takder tanda-tanda mengandung pun. Bila buat urine test baru confirm.

Letih Sekali…

Mengandung kali ni, agak meletihkan. Nilah first time rasa betul-betul letih. Apa taknya, Anis aktif sangat. Dah lah tubuh dia agak berat. Tak larat nak mendukungnya. Bukan tu jer, asyik nak kena kejar satu rumah! Tapi Alhamdulillah la dia sihat, takder masalah. Cuma dia agak lambat sikit berjalan sendiri disebabkan tubuh dia yang agak chubby. Lebih kurang 6 bulan jugak dia berjalan sambil pegang dinding atau kerusi. Bila dah cukup setahun baru dia berani berjalan sendiri tanpa pegang apa-apa. Alhamdulillah…dah tak payah dukung…cuma kalau gi shopping kena la kejar…

Durian oh durian…

Sedihnya… sekali lagi tak dapat makan durian… Walaupun sempat juga makan beberapa ulas, tapi bagi saya yang ‘hantu’ durian ni memang tak cukup la. Beberapa ulas sama la ngan tak makan langsung… kempunan lagi lah jawabnya tahun ni. Mintak-mintak la tahun depan dapat merasa makan durian. Kalau tak, amik bau jer lah… uhuk...sedihnya...

Ramadhan

Alhamdulillah Ramadhan kali ni dapat puasa penuh tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah juga puasa tahun lepas dahpun qadha’ sepenuhnya. Mudah-mudahan Ramadhan tahun depan pun dapatlah puasa penuh jugak. Baru dapat rasa keseronokan Ramadhan.

Januari ker Disember?

Kali ni, due awal Januari tahun depan. Biasa-biasa bersalin awal dari due date. So, kalau bersalin awal jugak, maybe hujung Disember nanti. Hmm… sesetengah orang tak nak bersalin hujung tahun, sesetengah orang pulak tak nak awal tahun. Tak kisah lah… asalkan bersalin normal dan semuanya selamat, itupun dah syukur. Tengok jer lah nanti, bersalin hujung tahun ni ker, awal tahun depan. Suspen…suspen…


Wassalam…
Najdah MH
September 23, 2008
6.10pm


(Bersambung lepas bersalin nanti, Insya Allah).

Wednesday, September 24, 2008

Catatan Kehamilan Ke Tiga

Lebih kurang masa Amal baru 5 bulan, Alhamdulillah saya mengandung lagi. Syukur ke hadrat Ilahi di atas rezeki yang dikurniakan. Terkejut gak family bila saya cakap ‘lekat’ lagi (“,), especially mama…

Alahan Teruk

Kali ni, sama macam masa mengandung Amal hari tu, alahan teruk. Masuk bulan ke empat pun masih morning sickness lagi. Perempuan lagi kot (fikir saya). Takper lah, asalkan baby dan saya sihat, tu pun dah syukur.

Tempat Bersalin

Hmm… kali ni nak bersalin kat mana yer. Aisyah kat KT, Amal pulak kat KB. Dua-dua kampung dah ada wakil (“,)… kali ni kat KL jer lah kot, senang. Lagipun Aisyah dengan Amal lebih senang dijaga kat rumah sendiri. Diorang ada aktiviti tersendiri…tahu kat mana nak cari toy. Klinik pun dekat, boleh lah husband berulang dari rumah.

Ramadhan

Alamak! Bulan september nanti dah masuk Ramadhan. Bersalin bulan ogos. Alamatnya tak puasa lah saya tahun ni, sedihnya... harap-harap sempatlah berpuasa sehari dua. Kalau tak, sebulan la kena qada’ nanti.

Sudoku

Kebetulan sebulan sebelum bersalin, company husband ada pertandingan sudoku. Mula-mula buat, slow la sikit coz baru belajar kan. Lama-lama, bila dah expert sikit, mulalah rasa seronok. Jadi ketagih la pulak. Asyik habiskan masa lapang dengan sudoku jer… kot-kot la baby keluar nanti, expert dalam maths... hehhee…

Kontraksi

Pagi tu, lepas husband pergi ofis, macam biasa la, buat sudoku. Tetiba jer rasa sakit perut. Selang 10 minit sakit sekali. Bagitau kat mama. Masa tu, mama dah ada kat KL nak tolong teman Aisyah dengan Amal kat rumah bila nak bersalin nanti. Mama suruh bagitau husband. Tengahari tu husband balik untuk bawa saya ke klinik. Bila doktor cek, jalan dah buka. Terus admitted. Disebabkan kami ambil bilik 3 katil, husband kena la balik ke rumah, tak leh tunggu dalam bilik. Jadi, tinggal la saya sendirian kat klinik. Sedih dan boring…

Nak Bersalin Tengok TV ker??

Lebih kurang 2am, sakit semakin kuat. Telefon husband, tapi tak angkat. Tidur kot, maklumlah keletihan melayan karenah Aisyah dengan Amal. Tak lama lepas tu, ketuban pun pecah. Nilah first time rasa ketuban pecah sendiri. Panggil nurse. Lepas tu call lagi husband, suruh dia datang. Nurse pun bawa masuk ke Labour Room. Yang mengejutkan kami, ada ke patut nurse tu bukak TV. Ingatkan nak pasang tazkirah ker, apa-apa yang patut. Tengok-tengok, cerita America Latin. Pelakon dia seksi pulak tu… husband pun tutup TV. Nurse tu pening kot coz pagi-pagi buta ada orang nak bersalin (“,).

Boleh Teran Dah…


Pagi tu kebetulan doktor lelaki yang bertugas. Disebabkan kami nak doktor perempuan, kenalah tunggu kejap. Bila doktor sampai, dia pun siap-siap. Bila dia tengok saya, dia pun cakap, kalau nak teran boleh lah. Aik…macam mana tu? Biasanya doktor yang bagitau bila kena teran, bukannya decide sendiri. Pening… pening… saya pun apa lagi, rasa jer baby nak keluar, teran jer lah. Alhamdulillah, pagi tu saya selamat melahirkan seorang lagi baby girl. Tanggal 23 Ogos 2008, lahirlah Anis Adlina yang comel. Jadi la three angel…hehhee…

Chubby

Bila dah timbang, nurse cakap 3.3kg. Tu dia… lagi berat dari Aisyah dengan Amal. Patut la rasa macam susah jer nak teran. Muka sebijik macam Aisyah. Lepas semua dah selesai, husband pun balik rumah. Kesian kat husband, muka pun mengantuk jer… esok mesti letih…

Aisyah mesti happy sebab dapat adik perempuan. Memang sejak mengandung lagi dia cakap nak baby girl. Ingat lagi kata-kata dia… “Ma, Aisyah nak baby girl. Nanti mama gi klinik, amik baby girl na…” oh anak mama… syukurlah dapat baby girl, kalau tak, tak taulah nak jawab macam mana dekat Aisyah.


Wassalam…
Najdah MH
September 22, 2008
6.00pm


Sekarang Anis dah pun setahun. Alhamdulillah dia sihat. Di kalangan adik beradik yang lain, dia lah yang paling chubby sekali… (“,). Baru jer setahun, dah pun 11 kg. Fuhh….lenguh tangan dukung dia. Setiap kali pergi shopping, mesti surrender kat husband. Kesian husband kena dukung…hehhee… tapi xper, coz lelaki ni kuat sikit dari perempuan kan (“,)…

Monday, September 1, 2008

Catatan Kehamilan Ke Dua

Lepas tiga bulan DnC, saya disahkan hamil lagi. Alhamdulillah… kurniaan rezeki dari Allah. Walaupun masih terasa sedih kerana keguguran, namun saya yakin setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. Itulah yang suami saya selalu pesan.

Alahan Teruk

Mengandung kali ni, alahan yang saya alami agak teruk. Morning sickness yang sepatutnya berhenti setelah tiga bulan hamil, berterusan hingga beberapa bulan seterusnya. Orang cakap, kalau keadaan masa mengandung lain dari sebelumnya, maknanya bayi yang dikandungkan lain jantinanya. Selalu lah dengar orang cakap macam tu. Tak tahu pulak dari mana datangnya teori ni.

Macam-macam ‘Pendapat’

Time jumpa kengkawan, macam-macam soalan diajukan pada saya.

“Perut rasa berat sebelah mana? Kalau berat kanan bla..bla..bla..”
“Perut nampak cam besar jer..perempuan lagi lah tu..”

Lebih kurang macam tulah ayat yang biasa saya dengar. Kekadang tu rasa boring jugak. Lebih-lebih lagi kalau ada yang cakap, anak lelaki lah pulak, perempuan dah ada. Tension jugak, macam lah boleh pilih nak mengandung anak lelaki ke perempuan. Bila saya mengadu kat suami, dia suruh saya pedulikan kata orang. Dia cakap, ikutlah orang nak kata apa, yang penting kami bahagia walaupun dikurniakan anak perempuan. Alhamdulillah ada suami yang selalu memberi nasihat dan peringatan. Kalau tak, mesti saya depress.

Teori Tak Tepat

Time pergi check-up, doktor tanya nak scan ke tak nak. Mula tu ingatkan nak surprise, tapi kalau scan ok jugak. Boleh prepare nama awal-awal. Doktor pun scan. Pastu doktor cakap, perempuan jugak… walaupun bukan lelaki, kami tetap rasa bersyukur sebab doktor cakap baby sihat, tumbesaran dia normal dan yang paling penting sekali, Alhamdulillah sempurna tubuh badan. So, nampak gayanya teori tadi tak tepat lah sebab baby girl jugak.

Jalan Dah Buka!

Saya dijangka akan bersalin pada 11 Jun 2006 (sama dengan tarikh lahir adik ipar). Seminggu sebelum tu adik ipar saya kahwin. So, kami pun balik kampung. Budget sempat la balik KL sebelum bersalin sebab plan nak bersalin kat sini. Tiba-tiba, hari kami nak bertolak ke KL, saya rasa sakit perut. Tapi tak delah kuat sangat. Cuma risau jugak takut terberanak dalam perjalanan. So, suami pun bawa saya ke An-Nisa’ untuk check-up. Lepas doktor periksa, dia cakap jalan dah buka 2cm. Masya Allah… Alhamdulillah kami tak bertolak ke KL lagi. Kalau tak, bersalin dalam kereta la jawabnya… Lepas tu, saya pun terus admitted.

Seharian Menunggu

Lepas masuk wad, perut dah tak sakit. Sehari suntuk kami tunggu, tapi tak sakit-sakit jugak. Rasa macam nak balik rumah jer. Boring la duk kat hospital ni… Malam tu, doktor cakap kalau tak bersalin lagi, esok dia masukkan ubat. Keesokannya, doktor pun masukkan ubat. Sepatutnya lepas tu ada la rasa sakit, tapi tak sakit-sakit jugak. Pelik bin ajaib betul la… Bila dah jadi macam tu, doktor pun suggest untuk pecahkan ketuban sebab dia takut baby lemas.

Tarikh Cantik


Lepas solat zohor, saya dibawa ke Labour Room. Untuk pertama kalinya, suami teman di sisi. Sejam lepas doktor pecahkan ketuban, barulah ada rasa sakit. Semakin lama, semakin kuat rasa sakit. Alhamdulillah ada suami kat sebelah pegang tangan saya sambil suruh ingat Allah. Dalam dua jam lepas tu, Alhamdulillah saya selamat melahirkan puteri kami yang ke dua, Amal Hayati. 06 hb 06, 2006 (060606), satu tarikh yang amat cantik. Doktor cakap, Amal tunggu tarikh tu baru nak keluar. Macam sengaja pilih la pulak. Dah la tu, hari tu dua orang jer yang bersalin kat situ termasuk saya. Special gitu…


Wassalam…
Najdah MH
Ogos 23, 2008
5.56pm


Sekarang Amal dah berusia dua tahun. Alhamdulillah perkembangannya cepat. Mungkin kerana dia ada teman. Dia cepat belajar, aktif, cerdik dan nakal (“,).

Sunday, June 15, 2008

Panduan Ketika Hamil


First time hamil, banyak perkara yang tak tahu. Alhamdulillah ada mama dan kakak yang banyak membantu memberi info serta nasihat bagaimana untuk menjaga kandungan. Selain itu, kawan-kawan turut memberi tips mengenai pengambilan suplemen yang penting.

Pemakanan Ketika Hamil

Awal trimester pertama, saya kurang selera makan. Saya tak berselera untuk makan nasi. Saya lebih suka makan Quaker Oat dan biskut jagung (Cream Craker). Bila dah masuk trimester kedua barulah berselera. Masa tulah mula makan banyak. Mama berpesan supaya minum susu setiap hari. Itu tak menjadi masalah kerana susu memang minuman kegemaran saya sejak kecil. Mama juga berpesan supaya makan telur selain dari ayam dan ikan. Saya juga dinasihatkan agar banyak mengambil buah-buahan.

Pantang Ketika Hamil

Amalan berpantang berbeza mengikut kaum. Bagi mama yang berketurunan Yunan, dia tidak mengambil makanan yang nature nya sejuk seperti tauge, timun dan tembikai dan juga makanan yang nature nya panas seperti durian. Makanan yang bergetah seperti mempelam juga tidak dimakan. Kakak saya cakap, air kelapa muda dan tebu berbisa dan bahaya untuk kandungan. Tetapi setelah usia kandungan mencapai 7 bulan, air kelapa muda bagus untuk mengurangkan kerak pada kepala bayi, dan ketika ini durian juga boleh dimakan. Bagi saya yang ‘hantu’ durian ni, sedihnya rasa kalau hamil time musim durian. Tak merasa la jawabnya :( Tapi, Alhamdulillah masa first time hamil dulu sempat makan durian. Ada sekali tu, saya meminta suami membelikan durian. Dia pun belilah selonggok. Lebih kurang 5 biji jugak kot. Dalam banyak-banyak tu, hanya seulas jer yang dimakan oleh suami. Yang selebihnya, saya habiskan. Bestnyer… Selain dari itu, apa yang bahaya untuk kandungan adalah nenas. Kalau hamil, memang tak berani nak makan nenas. Walaupun kekadang ada juga rasa terliur.. tapi, demi menjaga kandungan, tahan jer la..

Amalan Ketika Hamil

Didikan anak boleh diberi seawal usia mereka berada di dalam kandungan. Mereka boleh mendengar suara kita ketika berusia 15 minggu. Oleh itu, seeloknya kita perdengarkan bacaan Quran dan alunkan zikir buat mereka selain mendendangkan nasyid islamik. Antara surah-surah yang selalu saya baca ketika hamil ialah surah Maryam, Luqman, Yusuf, Taubah dan Yaasin. Selain itu, saya selalu pasang MP3 nasyid. Alhamdulillah, bila diamalkan dan diperkenankan Allah, anak yang dilahirkan comel, cerdik dan baik. Syukur Alhamdulillah… segalanya ketentuan dari Allah.

Wassalam..
Najdah Mohammed Hussain
Jun 10, 2008
10:30am

Wednesday, June 11, 2008

Catatan Kehamilan Pertama


Anak adalah anugerah Allah yang paling diidamkan oleh setiap pasangan yang telah berkahwin, termasuklah saya sendiri. Hinggakan setiap bulan kalau period saya terlewat, saya meminta suami membelikan urine tester. Kadang-kadang saya kena pujuk suami, sebab dia selalu kata period baru beberapa hari terlewat. Dia selalu suruh tunggu lama sikit baru cek. Tapi biasalah, perempuan, mestilah nak tau cepat-cepat kan. Sampai sekarang pun saya masih macam masa mula-mula kahwin dulu, tak sabar-sabar nak buat pregnancy test. Walaupun anak kami dah tiga, tapi bila disahkan pregnant lagi sekali, saya rasa seronok dan gembira, macam first time! Tapi, kalau result negatif, mesti sedih dan kecewa. Selalunya suamilah yang kena pujuk (“,).

Seronok Dan Takut

Alhamdulillah, saya hamil setelah 3 bulan berkahwin. Alangkah seronoknya kami kerana tak lama lagi kami akan bergelar papa mama. Tapi, dalam keseronokan tersebut, ada terselit perasaan takut. Mungkin kerana saya hampir-hampir keguguran. Syukur Alhamdulillah kandungan masih dipelihara Allah. Demi untuk menjaga kandungan, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Ketika itu baru sahaja bekerja 3 minggu dan pendapatan agak lumayan. Tapi, memandangkan pekerjaan agak berat (perlu banyak berjalan), dan rakan sekerja saya pernah keguguran, saya rela. Kandungan saya lebih penting dari gaji yang lumayan.

Karenah Ibu Mengandung

Bila dah hamil, emosi jadi tak stabil. Saya lebih mudah terasa hati, mudah merajuk, mudah menangis dan tersinggung. Kekadang bila merajuk atau terasa nak makan sesuatu, suami anggap mengada-ngada. Lagilah terasa hati. Kadang-kadang tu, termenangis secara automatik. Mungkin kerana 'suami baru' kurang arif perasaan perempuan ketika hamil. Emosi yang tak stabil kerana berlaku perubahan hormon.

Trimester Pertama

Awal trimester pertama, saya kurang selera makan. Mungkin itu perkara normal. Dan sepanjang trimester pertama, saya mengalami morning sickness. Malah juga alah terhadap bau. Hinggakan suami terpaksa tukar bedak yang dipakainya kerana saya tak tahan dengan bau bedak kegemarannya. Kesian pula bila teringat balik (“,).

Trimester Kedua

Bila dah masuk trimester kedua baru ok sikit. Masa tulah mula berselera. Hinggakan saya simpan stok makanan dalam bilik kami supaya mudah makan bila terasa lapar. Untuk memastikan bayi dalam kandungan sihat, selain dari mengamalkan pemakanan yang sihat, saya turut mengambil suplemen - antaranya kalsium dan multi vitamin. Saya juga ambil 2 gelas susu sehari, itu memang minuman kegemaran saya. Alhamdulillah, sepanjang kehamilan saya tidak ada masalah selain morning sickness, dan tak ada masalah sakit belakang atau cramp disebabkan cukup pengambilan kalsium.

Trimester Ketiga

Masa ni berat badan bertambah semakin banyak. Takut pula rasanya. Macam manalah nak slim balik nanti.. Tapi, walaupun perut dah semakin membesar, saya tak kisah kalau naik motor untuk ke mana-mana. Saya suka naik motor dengan suami, romantik. Tapi suami kata, kena beli kereta juga sebab nanti takkan nak bawa anak kami naik motor, bahaya. So, tak dapatlah nak naik motor lagi lepas nie.. :(

Stunt Ibu Mengandung

Weekend saya selalu jer keluar jalan-jalan dengan suami. Dating la katakan.. Dulu sebelum kahwin tak pernah pun berjumpa, apatah lagi keluar berdating. Bercakap pun sekadar dalam telefon, tupun kalau betul-betul ada urusan penting. Ada sekali tu saya buat stunt kat Low Yat. Alhamdulillah tak jatuh. Hari tu kami keluar bersama kawan, sajer nak pusing-pusing kat Low Yat. Sebab ramai sangat orang, kami pun terpisah dari kawan. Suami saya ingatkan dia dah turun, so kami turun lah dengan escalator. Tengok-tengok, kawan tu ada kat atas lagi. Suami saya pun lari balik naik atas. Bila saya tengok, saya pun terus ikut tanpa berfikir panjang. Fuh.. bahaya betul. Nyaris-nyaris nak jatuh. Tapi Alhamdulillah la tak jatuh. Kalau tak, bukan saja boleh membahayakan kandungan, free-free dapat malu..

Selusuh Dan Salindah

Saya dijangka akan bersalin hujung bulan Mac 2004, genap setahun usia perkahwinan kami. Kebetulan kakak ipar saya bersalin pada bulan Dec 2003, beberapa bulan sebelum tu. Dia ambil set lengkap bersalin Salindah. Tapi memandangkan dia bersalin caeser, maka dia berikan saya 3 botol ceraian Salindah (B4, B5 dan B6 - untuk membantu memudahkan proses bersalin) yang tak digunakannya. Itulah pertama kali saya mengenali Salindah. Kira-kira sebulan sebelum bersalin, abang saya yang sulung pula membuatkan air, kurma dan minyak selusuh untuk saya. So, sepanjang tempoh menunggu untuk bersalin, saya mengamalkan selusuh sambil turut mengambil Salindah. Tapi, suami dan mama selalu berpesan, kedua-dua selusuh dan Salindah hanyalah ikhtiar sedangkan hanya kepada Allah tempat kita bergantung. Saya juga khuatir kalau-kalau terlalu bergantung kepada ikhtiar. Alhamdulillah, ada suami dan mama yang selalu beri peringatan.

Persiapan Bersalin

Kira-kira sebulan sebelum tarikh jangkaan bersalin, mama dan kakak saya menyuruh saya supaya packing pakaian saya serta baby di dalam sebuah beg kecil. Ia memudahkan saya ketika tiba saat untuk bersalin nanti. Saya hanya perlu mengambil beg tersebut untuk dibawa ke klinik. Dengan itu saya tak perlu tergesa-gesa packing dan saya tak kan tertinggal apa-apa.

Pilihanraya Umum 2004

21 Mac 2004, Pilihanraya Umum dijalankan. Saya turut turun mengundi walaupun ketika itu sedang sarat. Mama bagi tau, kalau tak larat, saya boleh minta kerusi roda. Isy, malu ah.. Saya dan 2 orang kakak serta mama ke tempat membuang undi seawal mungkin kerana tak nak bersesak dengan orang ramai. Sempat juga masuk TV. Tapi hanya wajah kakak saya jer yang sempat dirakam. Glamour kejap.. Syukur Alhamdulillah saya tak mencipta sejarah dengan ‘terberanak’ kat tempat mengundi (“,). Kalau tak, mesti heboh satu kampung. Malu..malu..

Tanda Nak Bersalin

Keesokannya, mama agak sibuk dengan kerja mengemas kini bilik gerakan. Jadi, sepanjang pagi dia tidak berada di rumah. Sedang saya berehat sambil menonton TV, tiba-tiba terasa seperti ada cecair yang mengalir di paha. Isy.. air apa ni? Takkan air ketuban kot! Camni ke gayanya nak beranak? Macam-macam persoalan berlegar dalam fikiran. Saya terus menelefon mama. Dia suruh saya bersiap-siap untuk ke klinik. Saya kemudiannya menelefon suami yang ketika itu berada di Kelantan kerana pulang untuk mengundi.

“Ayang nak abang gi sana ker?”
“Takyah la kot. Lambat lagi kot nak bersalin. Abang balik KL la
dulu.”

Masa tu suami saya dah nak bertolak balik ke KL dengan kawan-kawan dia sebab esok kerja. Sekembalinya mama ke rumah, dia terkejut kerana saya masih belum bersiap. Bila ditanya, saya cakap tak de rasa sakit lagi. Mama tetap menyuruh saya ke klinik.

Baby Post-Pilihanraya

Kira-kira jam 3pm, kami tiba di klinik. Setelah diperiksa, doktor mengatakan bahawa jalan telah terbuka sebanyak 2 cm. Dia menganggarkan lebih kurang 8-9 jam lagi baru saya akan bersalin, iaitu tengah malam nanti. Rasa menyesal pulak suruh suami saya balik ke KL tadi. Saya pun cuba menelefon suami, tapi malangnya takde line coz dia sedang dalam perjalanan ke KL. Rasa-rasanya dia ada kat sekitar Gua Musang kot masa tu. Dalam kul 5pm, saya mula rasa sakit. Dan Alhamdulillah, masa tu mama saya berjaya menghubungi suami saya. Memang betul la dia ada kat Gua Musang. Dia pun menaiki bas terakhir ke Pasir Mas dan membiarkan kawan-kawannya membawa kereta kami ke KL. Ingatkan suami saya sempat ke klinik sebelum saya bersalin. Rupa-rupanya tak sempat coz tepat jam 7.23pm, ketika azan maghrib dilaungkan, saya selamat melahirkan puteri sulung kami. Betul-betul sehari selepas pilihanraya. Mama saya yang mengazankan cucunya kerana suami saya lambat lagi nak sampai. Doktor dan nurse yang bertugas semuanya cakap saya bersalin awal. Kata mereka, biasanya anak pertama mengambil masa 10 jam untuk dilahirkan. Patut la time saya sedang meronta kesakitan tadi nurse buat tak endah jer. Siap duduk berborak lagi kat depan bilik saya. Sabar jelah..

Permata Hati Kami


Alhamdulillah berkat pertolongan Allah melalui selusuh dan Salindah serta berkat doa dari suami dan kedua ibu bapa serta mertua, saya selamat melahirkan permata hati kami secara normal, mudah dan cepat. Tepat jam 12 tengah malam, suami saya bersama kedua mertua saya tiba di klinik. Kata mak mertua, saya tak nampak macam baru lepas bersalin kerana kelihatan cergas. Alhamdulillah.. syukur rasanya kerana sihat. Cuma tadi lepas keluar dari bilik bersalin rasanya sejuk sangat, macam baru keluar dari peti sejuk. Inilah pengalaman pertama saya hamil dan melahirkan. Sampai bila-bila pun saya takkan lupa. Macam-macam perkara menarik dan kelakar serta menyedihkan yang berlaku sepanjang kehamilan saya. Tapi, setelah selamat melahirkan puteri kami yang comel, segalanya rasa berbaloi. Kira-kira 2 minggu selepas melahirkan, barulah kami mendapat nama yang sesuai untuk puteri kami, Aisyah Nurina, salah satu nama yang dicadangkan oleh sahabat karib suami saya.

Wassalam..
Najdah Mohammed Hussain
Jun 9,2008
12:25pm

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers