Monday, April 25, 2016

Kelahiran Ke 8, Sedih Dalam Gembira



Tanggal 17 April 2016, Alhamdulillah aku selamat melahirkan anak ke 8. 9 hari lebih awal dari EDD (Expected Delivery Date).

Kronologi Kelahiran

Lebih kurang jam 3:35 am aku terjaga dari tidur. Terasa air ketubanku pecah. Aku bergegas ke toilet just to be sure. And yes, aku dah 'turun darah'. Aku cepat-cepat siapkan beg untuk dibawa ke klinik (which I was supposed to prepare earlier...tapi tak siap-siap gara-gara sibuk dengan anak-anak serta urusan bisnes...huhu...)

Lepas semua dah settle, barulah aku gerakkan suamiku dari tidur. Kami terus ke klinik. Bidan cek bukaan baru 1 cm. Tapi aku admitted jugak coz air ketuban dah pecah.

Anggaranku, dalam beberapa jam lagi aku akan bersalin kerana kebiasaannya, bila ketubanku dah pecah, aku cepat bersalin.

Satu jam demi satu jam aku tunggu. Contraction hanya terasa beberapa kali dalam beberapa jam. Ketuban terus keluar sedikit demi sedikit. Baby kurang bergerak. Aku mula berasa tak sedap hati.

Tiba waktu tengahari, bidan cek sekali lagi bukaan jalan. Tetap 1-2 cm. Doktor buat keputusan untuk scan.

Lepas solat zohor, aku dibawa masuk ke bilik doktor. Doktor scan untuk melihat kedudukan baby. Doktor explain pada aku satu-persatu; baby dalam kedudukan mendongak (pandang depan), tali pusat terbelit di leher baby (which caused him susah nak pusing belakang), and the worst part is air ketuban dah kering!

Dalam keadaan ni, aku memang tak boleh deliver secara normal coz baby bukan dalam kedudukan yang betul dan ketiadaan air ketuban menyukarkan lagi keadaan. So there's only one way left. Czer! Rasa nak luruh jantung bila doktor suggest Czer. Tapi demi keselamatan baby, aku dan suami pasrah.

Lepas solat asar, lebih kurang jam 5:00 pm, aku dibawa masuk ke bilik bedah. For the 1st time in my life, aku menjejakkan kaki ke bilik bedah! Nurse siapkan aku untuk operation. Aku kemudiannya dibius (separuh badan) oleh pakar bius. Selang beberapa minit, aku dah mula hilang kawalan ke atas kedua-dua belah kakiku.

Once doktor dah start operate, aku dapat hidu bau hangit. Terlintas di fikiranku, macam ni rupanya operation (sempat lagi tu...huhu). Makin lama, aku rasa makin boring coz aku langsung tak dapat nak bergerak, tak dapat nak tengok apa yang sedang berlaku. Hanya terbaring kaku di atas katil bedah. Tak lama lepas tu, doktor berjaya keluarkan baby dengan selamat, Alhamdulillah. Another baby boy!

Keluar jer baby, aku terus menggigil kesejukan. Setiap kali bersalin, memang inilah yang akan berlaku. Tapi kali ni agak berbeza coz aku tak dapat nak bergerak. Alhamdulillah nurse letak kain suam di atas kedua-dua belah lenganku sambil menggenggam erat tanganku. Itupun aku masih lagi menggigil.

Tak lama lepas tu, aku mula rasa mengantuk. Sekejap sedar, sekejap tak sedar. Aku berada dalam bilik bedah lebih kurang 2 jam lamanya, tapi rasa seperti tak sampai sejam.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah aku selamat melahirkan baby yang comel, sihat dan cukup sifat. Meskipun aku berasa sedih coz tak dapat bersalin secara normal seperti sebelum-sebelum ni, tetapi aku tetap rasa bersyukur coz Allah selamatkan baby dari sebarang bahaya.


Najdah Hansen
Apr 25, 2016 @ 1627 hours

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers