Seronoknya di bulan Syawal ni, kita boleh ziarah kaum keluarga dan sahabat handai tanpa perlu ada reason. Time lain kalau nak gi berziarah, mesti ada rasa segan. Takpun rasa risau takut mengganggu pulak. Maklumlah, weekend jer ada masa untuk ziarah, weekend juga lah time orang nak berehat lepas seminggu bekerja. So, time raya nilah kalau nak gi ziarah semua kengkawan yang dah lama tak jumpa.
Fungsi Open House
Perkara yang paling best tentang Open House selain dari dapat menjamu sahabat handai, ia juga sebagai medan untuk bertemu semula dengan geng-geng lama dari sekolah atau universiti. Dalam satu masa, dapat buat dua perkara - menjamu sahabat handai dan jumpa balik dengan geng-geng lama. Kan ker best tu...
Jamuan Makan Kecil-kecilan
Bagi yang tak larat nak masak untuk open house besar-besaran (macam saya ni), boleh buat secara kecil-kecilan. Jemput jer sahabat-sahabat yang tinggal berdekatan dengan rumah untuk datang makan-makan. Tu lah yang kami buat tiap tahun, sekadar ajak sahabat-sahabat kat Damansara Damai ni jer. Walaupun ramai sahabat yang tinggal berjiran, tak bermakna kami selalu berjumpa. Masing-masing ada urusan tersendiri, selalu sibuk. So, inilah peranan open house, untuk berkumpul dan bertanya khabar.
Medan 'Mengumpul Duit'
Tapi, tak dinafikan ada juga segelintir masyarakat yang salah guna waktu berziarah ini sebagai satu method 'mengumpul duit raya'. Jika kanak-kanak yang buat macam tu, mungkin masih boleh diterima. Sebab dulu kita pun pernah lalui zaman kanak-kanak. Kita pun pernah rasa seronok bila dapat duit raya. Tapi takder lah sampai beraya ke rumah orang yang tak dikenali... setakat ikut parents jer lah. Ha... kat sinilah peranan kita sebagai ibu bapa... untuk mendidik anak-anak supaya tidak mengharapkan duit raya. Jangan pulak kita yang beria-ia bawak anak gi beraya untuk kumpul duit raya.
Biasa-biasa kalau anak-anak tanya kenapa nak gi beraya, kami mesti cakap kat diorang nak gi ziarah. Dan bila ditanya, kenapa uncle auntie bagi duit, kami mesti jawab sebab uncle auntie nak suruh beli buku bila masuk sekolah nanti. Jarang kami sebut perkataan duit raya. Selalunya bila nak beraya atau berziarah, kami pesan supaya jangan minta apa-apa. Kalau nak sesuatu minta dengan kami, bukan dengan uncle auntie. Walaupun bagi sesetengah orang, takper kalau budak-budak meminta, tapi bagi kami, budak-budaklah yang perlu dididik supaya tidak meminta-minta. But of course la bende ni boleh diapply kat budak-budak yang dah boleh faham. Buat kat budak umur setahun, memang tak kena laa...
Rasa Rugi Kurang Beraya
Apa yang mengejutkan dan menghairankan saya, ada juga yang sanggup beraya dari pagi hingga tengah-tengah malam. Niat yang asalnya untuk berziarah, bertukar menjadi untuk kumpul duit raya. Malah ada yang rasa kecewa dan hampa bila tak dapat beraya lebih banyak lagi disebabkan kekangan masa. Kalau sedih sebab tak dapat berziarah takper la... itu yang sepatutnya. Tapi tulah realiti kehidupan... Manusia ni ada macam-macam jenis. Mudah-mudahan kita semua tak macam tu...
Wassalam...
Najdah MH
Note : Sekadar berceloteh...