Showing posts with label Islah Diri. Show all posts
Showing posts with label Islah Diri. Show all posts

Sunday, December 9, 2018

Redha Saat Diuji

Sumber Google
Manusia, dinamakan 'Insan' kerana sifat lupanya. Asal perkataan 'Insan' adalah 'An-Nisyan' (disebut An-Nis-Yan). Manusia seringkali lupa pada yang Memberi Rezki tatkala diberi kesenangan. Lalu diturunkan ujian agar mereka kembali ingat padaNya. Maka beruntunglah siapa yang diuji kerana ujian itu tanda sayangnya Allah pada mereka. Dan lebih beruntung bagi mereka yang sentiasa bersyukur walau di saat ujian menimpa.

Kadangkala bila diuji dengan ujian yang begitu berat (pada sangkaan kita), terlintas di fikiran kita, "Kenapa aku diuji sebegini?" "Kenapa perkara ini terjadi?" "Bagaimana ia boleh terjadi?"... Lupakah kita pada hakikat bahawa jalan cerita, jalan hidup kita ini sebenarnya telah lama tertulis di Luh Mahfuz, sebelum lahirnya kita di atas muka bumi Allah ini? Ia hanya menunggu waktu untuk berlaku. Dan saat tibanya waktu itu, takkan cepat walau sesaat, takkan terlewat walau seminit.

Monday, January 18, 2016

How You See Yourself

Credit photo 'Uncle' Google
Setiap kali saya berjumpa kenalan baru, saya akan introduce diri sebagai fulltime housewife 'jer'.  And typical feedback yang saya dapat ;
"Senang la, duk kat rumah jer... tak penat... tak stress..."
"Duk kat rumah jaga anak jer... tak tension pun..."
"Ok la... ada banyak masa..."
Sometimes, bila dapat feedback macam tu, saya rasa rendah diri. Especially bila ada gathering dengan kawan-kawan lama... masing-masing berkerjaya, dan mereka sentiasa ada topik  hebat untuk berbual sedang saya hanya boleh berbual pasal anak-anak... that's why saya lebih suka mendengar dan tersenyum jer instead of boringkan kawan-kawan dengan cerita saya :)

Tapi, on 1st January lepas, masa saya join outing photographer, saya berkenalan dengan seorang kakak ni... and as usual, saya introduce diri sebagai surirumah 'jer'. Guess what she said to me! She told me to feel good about myself! Dia memuji surirumah sepenuh masa. Katanya, tak semua orang mampu untuk jadi surirumah sepenuh masa. Wow! It was the first time saya dapat feedback yang baik tentang surirumah sepenuh masa dari kacamata seorang surirumah yang berkerjaya! Suddenly, I feel proud of myself... ngee... (mode perasan...)

Tuesday, July 7, 2015

Adab Ber'Whatsapp' Atau Ber'sms'

Entry sebelum ni, saya sentuh bab 'Adab Bertanya'. Entry kali ni pun, terpaksa menyentuh lagi sekali tentang perkara yang sama...mudah-mudahan apa yang saya kongsikan di sini menjadi peringatan buat diri saya sendiri insyaAllah...

Saya terima lagi mesej dari unknown person yang mengatakan dia masih belum dapat apa yang diminta dari saya (resepi biskut suji). Tanpa memberi salam, juga tanpa memperkenalkan dirinya pada saya. Ditanya mengapa sehingga kini saya masih belum menunaikan permintaannya...

Err...persoalannya...

1. Siapakah dia?
2. Bilakah masanya saya menjanjikan padanya resepi suji?

Saya tidak pernah menawarkan apa-apa kelas baking ataupun consultation on baking ataupun apa-apa resepi. Walaupun memang saya dah share resepi suji yang saya gunakan dengan beberapa orang sebelum ini, dan constantly mereka dapatkan free consultation dari saya, but still, saya tidak conduct apa-apa kelas baking. Saya sekadar share sedikit ilmu yang Allah berikan.

Wednesday, May 13, 2015

Adab Bertanya

Credit photo My Blog

Sehingga hari ini, sudah banyak kali saya 'didatangi' mesej dari seorang stranger bertanyakan tentang 'rahsia' bisnes.

Hurm, ini antara soalan yang teramat susah untuk saya jawab kerana sememangnya saya tidak ada apa-apa rahsia. Rahsianya hanyalah satu, dari mula-mula kami suami isteri menjalankan bisnes, hinggalah saat ini, iaitu BUAT!

Yup, BUAT! Just DO IT! Tinggalkan segala alasan. Tinggalkan segala keluhan. Mulakan langkah pertama coz without the 1st step, there will be no 2nd, or 3rd step. Begitulah kami mula-mula dulu. Kami pun memulakan langkah pertama sebelum sedikit demi sedikit berlari-lari anak dan seterusnya berlari.

Bersikap JUJUR

Satu lagi 'RAHSIA' yang kami amalkan sejak dulu hingga sekarang ialah JUJUR, ie AMANAH. Jujur dan amanah dalam berniaga bagi kami merupakan asas kekukuhan sebuah bisnes. Jadikan manfaat yang customer kita bakal perolehi dari kita sebagai matlamat dalam berniaga, insyaAllah kita akan buat yang terbaik. Jangan jadikan keuntungan dunia sebagai matlamat. Sebaliknya kejarlah keuntungan akhirat. InsyaAllah keuntungan dunia akan mengejar kita.

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers