![]() |
| Photo source : Fb Page Ustaz |
This is exactly what happened everytime kami solat... Fathi dan Hifdzi selalu berebut-rebut nak panjat dan bergayut di belakang saya dan suami masa mereka berusia 2 & 3 tahun dulu.
Paling tak tahan, time pregnant Hasan pun mereka masih dengan 'aktiviti' yang sama. Paling tak larat, bila dah sarat... masa nak bangun dari tahiyyat awal time paling mencabar. Nak 'bawak' perut lagi, nak gendong kat belakang lagi... aduh... betul-betul menguji tahap kesabaran...
Sekarang, syukur Alhamdulillah mereka dah rajin solat berjemaah dengan kami atau cece-cece mereka. Dan mereka solat penuh tertib.
Zaman Fathi & Hifdzi bergayut atas belakang waktu kami sedang solat dah pun berlalu. Muaz pun dah mewarisi aktiviti mereka untuk seketika waktu. Time sujud, ada jer yang tiba-tiba duduk atas belakang kepala, ala-ala tunggang kuda. Cece dia pun jadi mangsa... huhuhu...





