Illustration only - source Google |
Bila Aisyah tengok kami suami isteri giat menjalankan aktiviti bisnes, either here in KL ataupun time balik kampung, dia pun jadi excited nak buat bisnes. Dari darjah 1 dia mintak dengan saya nak jual apa2 kat sekolah, dan selalunya dia mintak saya buat coklat. Tapi masa dia darjah 1 saya cakap kat dia tunggu dia besar sikit coz dia belum biasa berurusan dengan duit.
So, tahun ni, pada mulanya, saya bekalkan dia dengan biskut yang dipek kecik2 untuk dijual di sekolah. Saya jual murah2 jer coz customer dia budak2 kelas dia, darjah 2. Prinsip kami suami isteri dalam berniaga, biar semua orang berpuas hati. In this case, kami tak nak la parents tak suka anak2 dia spend banyak duit. Selain dari tu, kami juga akan pastikan barang yang dijual, berguna kepada kawan2 dia.
Lepas seminggu berniaga biskut, saya bekalkan Aisyah dengan barang2 lain. Saya selalu pesan pada Aisyah, kalau ada di antara kawan dia yang terbeli barang yang rosak, minta dia kembalikan dan saya akan gantikan dengan yang baru. Walaupun dia masih kecil, tapi bagi kami, inilah masa terbaik untuk didik dia dengan didikan yang betul, dan antaranya ialah INTEGRITI.
Dalam sebulan berniaga, ada jugak sesekali short duit. Aisyah akan tanya, berapa yang tak cukup. Dia akan upset setiap kali jadi camtu dan dia akan mintak maaf. Tapi saya selalu pesan kat dia, it's normal to loose some money. Bukan salah dia, dan dia tak perlu minta maaf. Saya just pesan supaya next time dia berhati2.
Pada asalnya, saya sangkakan yang dia terlebih bagi balance duit pada kawan2 dia. But then, bila satu hari tu short RM6 lebih, semua barang terjual tapi duit hanya seringgit dua. Saya tanya dia, kat mana dia simpan duit dia. Dia cakap kat dalam beg. Dan hari tu, bila dia balik dari kantin, beg dia dah terbuka sedangkan setiap kali dia ke kantin dia akan zip. Masa tu baru kami tahu, rupa2nya duit dia kena ambil. Masa tu jugaklah baru dia cerita kat kami yang beg dia dah berapa kali terbuka. Biarlah, dah bukan rezki dia hari tu.
So, bila dah jadi macam tu, keesokan harinya saya bagi dia bawa beg duit supaya senang dia nak bawa ke mana2. Alhamdulillah, lepas tu duit dia dah tak hilang.
Bila tengok Aisyah berniaga kat sekolah, teringat balik masa saya kecik dulu. Saya pun berniaga sejak dari sekolah rendah, masa saya 8 atau 9 tahun. Tapi masa tu, parents tak tahu yang saya berniaga, so takder siapa yang guide saya. Saya pun dah tak ingat kenapa dan macam mana saya boleh start berniaga. Maybe sebab mama saya pun berniaga coz masa tu dia jadi Bendahari, so dia berniaga untuk gandakan duit persatuan. Datuk saya, moyang saya, pun berniaga. In fact, moyang saya pedagang dari China. So, it's kinda run in our family. It's in our blood. Maybe that's why la kot (^^).
Back to my story... masa sekolah rendah dulu, saya jual batu... hehehe... bila ingat balik, kesian pulak kat siapa2 yang beli. Tapi nak buat macam mana kan, dah nama pun budak2, belum tahu apa yang boleh dijual dan apa yang tak boleh... huhuhu... petang2 sebelum balik sekolah, saya akan kutip batu yang bulat2 dan licin (yang cantik la), then bila sampai rumah saya akan decorate batu tu, saya lukis dengan water color... hehehe... then, keesokan harinya, saya jual kat kawan2... :P
Masa kat sekolah menengah pulak, saya dan kakak saya akan ikut mama setiap kali dia ke kedai borong untuk beli barang2 jualan. Masa tu secara tak langsung, kami belajar cara berjual beli. And because mama speaks Cantonese fluently, tauke kedai tu always bagi harga lebih murah dari harga borong. So, kami dua beradik pun from time to time akan cari benda2 murah untuk dijual di gerai Muslimat setiap kali kuliah Jumaat. Kalau time raya, kami mesti akan jual kad raya.
Bila masuk universiti, saya teruskan aktiviti berniaga. Saya ambil komisyen menjaja roti dari level ke level, saya beli stok makanan kat kedai borong then jual kat dalam kolej, and sometimes saya buat gift (dulu yang famous candle yang wangi tu).
Tapi, walaupun saya dah start berniaga sejak sekolah rendah, and sepatutnya ada sedikit simpanan hasil perniagaan, tapi sayangnya disebabkan saya berniaga tanpa berguru, duit yang saya dapat saya always belanja. Either saya beli hadiah untuk kawan2 atau adik beradik, atau saya belanja kawan2 makan time ada pasar malam, ataupun saya beli 'hadiah' untuk diri saya sendiri... huhuhu...
Sekarang ni, Alhamdulillah, kami suami isteri tahu cara menguruskan duit bisnes sebab kami ada Mentor dalam bisnes yang selalu guide kami. Dan hubby pun selalu attend course, antaranya kursus Chef Li. So, kami dapat manage duit dengan baik.
Sometimes, people may find doing business is not profitable. It's not the business, but it's actually the PERSON who is running the business. To run a business, you must have the RIGHT attitude. With the right attitude, whatever business you do, big or small, you WILL achieve success, insya Allah.
Najdah MH
May 31, 2012 @ 12:15pm
No comments:
Post a Comment