Friday, July 1, 2011

Hifdzi; Di Sebalik Nama

Hifdzi, tersenyum riang...

Hifdzi... ramai yang jarang dengar nama tersebut. Kebanyakan orang lebih sinonim dengan 'Hafiz' atau 'Hafizi'. Ada juga yang bertanya apa maksud nama tersebut? Bagaimana pula ejaan Jawinya?...

Nama merupakan doa dan harapan kedua ibu bapa terhadap anak yang dilahirkan. Setiap kali kita memanggilnya dengan nama tersebut, kita sebenarnya sedang mendoakannya. Itulah antara sebab mengapa kami suami isteri lebih gemar memanggil anak2 kami dengan nama mereka berbanding gelaran 'kakak', 'adik', 'along', 'angah' dsb.

Dan sebab itu jugalah saya lebih gemar kawan2 memanggil saya dengan nama yang diberikan oleh kedua ibu bapa saya, NAJDAH berbanding gelaran atau nama singkatan yang diberikan oleh kawan2. Semenjak dari sekolah rendah, hinggalah ke sekolah menengah, malah di Universiti sekalipun, saya tak pernah introduce diri saya dengan sebarang nama singkatan. Najdah bermaksud 'Pertolongan/Penolong'. Mudah2an dengan memanggil saya 'Najdah', sahabat2 mendoakan saya supaya menjadi hambaNya yang suka menolong orang.

Semasa mengandungkan Hifdzi, kami belum finalize nama yang ingin diberikan. Hubby ada suggest satu nama, tapi instinct saya kuat mengatakan nama tersebut kurang sesuai. Kami ingin berikan nama tokoh2 Islam padanya dengan harapan agar dia membesar menjadi hambaNya yang soleh, insya Allah.

Banyak nama yang saya google di siniTapi masih belum ada yang berkenan di hati. Hinggalah setelah melahirkan...

Hubby selalu ceritakan pada saya tentang sahabat2nya, semuanya baik2 dan berjaya. Dan dia selalu cakap, kebanyakan orang yang memiliki nama yang sama mempunyai personaliti yang lebih kurang sama. Saya pun bertanya hubby, siapakah di antara sahabat2nya yang dia rasakan paling baik?

Hifdzi, atau Uncle Hifdzi (gelaran yang dipanggil oleh anak2 kami) merupakan sahabat karib hubby semenjak di KIK. Dia seorang yang sangat baik. Setiap kali kami ke rumahnya, perbualannya sentiasa mengingatkan kami pada Yang Esa. Walaupun penampilannya tak menyerupai seorang ustaz, tapi ilmunya sangat tinggi.

Hifdzi, memberi makna 'Ingatanku'. (Ejaan Jawi 'Ha Fa Dzo Ya'). Tafsirannya : mudah2an anak yang dilahirkan akan sentiasa mengingatkan kami kepada Yang Esa kerana Dialah yang mengurniakan kami anak tersebut.

Doa kami, semoga Hifdzi menjadi anak yang soleh, yang sentiasa taat kepada perintah Agama, yang bertaqwa serta yang sentiasa ikhlas dalam melakukan amal ibadah... insya Allah, amiin....

No comments:

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers