Ahlan Ya Ramadhan!!
.: Pesta beribadah telahpun bermula
bersama tibanya ramadhan yang mulia
rahmat Allah melimpah untuk semua hambanya
nikmat Allah mengalir mencurah2
meriahkan ramadhan ini dengan beribadah
tingkatkan amal dan mujahadah
banyakkanlah berzikir dan baca al-Quran
muhasabah dan sucikan hati
seluruh anggota kita semua ada peranannya
perlu dijaga di setiap tindakan
hati yang telah bersih dan berakhlak mulia
di sisi Allah tinggi nilainya
jagalah lidah dan juga tuturkata
jangan sampai mengumpat dan berkata2 dusta
pelihara mata dan kawal telinga
agar berbuat yang diredhai Allah
langkahkan kaki menuju kebaikan jangan melangkah
ke arah kejahatan dan maksiat
jika terhumban ke kancah kehinaan
di dunia lagi beroleh pembalasan
tangan pun juga hendaklah perlu dijaga
elakkan diri mengambil hak orang lain tanpa redha
kukuhkan perpaduan hindar permusuhan
sesama jiran rakan dan taulan
jadikanlah ramadhan gelanggang untuk beribadah
bukan sekadar berlapar dan dahaga
ramadhan setahun sekali sahaja
rebutlah peluang jangan ketinggalan :.
~ Amalan Ramadhan (Nada Murni) ~
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak & Selamat Menjalankan Ibadah Puasa kepada semua. Semoga amalan di bulan Ramadhan tahun ini dapat ditingkatkan lagi dan semoga Universiti Ramadhan kali ini dapat mendidik kita penuntut2nya agar menjadi graduan yang lebih beriman dan bertaqwa, insya Allah....
No comments:
Post a Comment