Monday, July 4, 2011

Amal's 1st School Bag

BIG smile....
Amal : Pa, bila papa nak beli beg Amal?
Papa : Nanti papa beli...
Amal : Amal nak yang ada roda...
Papa : Yang biasa dah la Amal, yang ada roda tu berat...

Abang : Beg Amal dah rosak ker?
Ayang : A'a bang... dah berlubang dah...

Dah berhari Amal gesa suruh beli beg sekolah dia. Beg yang dia bawak gi sekolah tu yang Aisyah punya dulu. Masa awal tahun dulu, beg tu elok lagi. Suruh la dia guna yang tu dulu coz tak nak ajar membazir. Sekarang dah rosak, boleh la belikan satu untuk dia. Lagi pun, memang tak pernah lagi beli beg untuk dia. Kesian jugak, asyik amik yang Aisyah jer...

So, bila dapat beg semalam, happy la Amal... lagi bersemangat nak gi sekolah. Awal2 lagi dia dah masukkan buku dia dalam beg baru...

Kadang2, bila anak baru mula sekolah, kita rasa macam2 perlu beli. Tapi, sebenarnya apa yang perlu dibeli hanyalah barang yang belum ada atau yang dah rosak. Tak semestinya setiap tahun bila sekolah baru buka, kita kena beli beg baru, baju baru, kasut baru, semuanya baru sedangkan yang tahun lepas masih elok lagi.

Sayangkan anak bukan bererti kita perlu manjakan dia dengan kemewahan, sebaliknya kerana sayangkan anak lah kita perlu mengajar mereka nilai2 murni, eg. berjimat cermat dalam berbelanja.

No comments:

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers