Wednesday, June 11, 2008

Catatan Kehamilan Pertama


Anak adalah anugerah Allah yang paling diidamkan oleh setiap pasangan yang telah berkahwin, termasuklah saya sendiri. Hinggakan setiap bulan kalau period saya terlewat, saya meminta suami membelikan urine tester. Kadang-kadang saya kena pujuk suami, sebab dia selalu kata period baru beberapa hari terlewat. Dia selalu suruh tunggu lama sikit baru cek. Tapi biasalah, perempuan, mestilah nak tau cepat-cepat kan. Sampai sekarang pun saya masih macam masa mula-mula kahwin dulu, tak sabar-sabar nak buat pregnancy test. Walaupun anak kami dah tiga, tapi bila disahkan pregnant lagi sekali, saya rasa seronok dan gembira, macam first time! Tapi, kalau result negatif, mesti sedih dan kecewa. Selalunya suamilah yang kena pujuk (“,).

Seronok Dan Takut

Alhamdulillah, saya hamil setelah 3 bulan berkahwin. Alangkah seronoknya kami kerana tak lama lagi kami akan bergelar papa mama. Tapi, dalam keseronokan tersebut, ada terselit perasaan takut. Mungkin kerana saya hampir-hampir keguguran. Syukur Alhamdulillah kandungan masih dipelihara Allah. Demi untuk menjaga kandungan, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Ketika itu baru sahaja bekerja 3 minggu dan pendapatan agak lumayan. Tapi, memandangkan pekerjaan agak berat (perlu banyak berjalan), dan rakan sekerja saya pernah keguguran, saya rela. Kandungan saya lebih penting dari gaji yang lumayan.

Karenah Ibu Mengandung

Bila dah hamil, emosi jadi tak stabil. Saya lebih mudah terasa hati, mudah merajuk, mudah menangis dan tersinggung. Kekadang bila merajuk atau terasa nak makan sesuatu, suami anggap mengada-ngada. Lagilah terasa hati. Kadang-kadang tu, termenangis secara automatik. Mungkin kerana 'suami baru' kurang arif perasaan perempuan ketika hamil. Emosi yang tak stabil kerana berlaku perubahan hormon.

Trimester Pertama

Awal trimester pertama, saya kurang selera makan. Mungkin itu perkara normal. Dan sepanjang trimester pertama, saya mengalami morning sickness. Malah juga alah terhadap bau. Hinggakan suami terpaksa tukar bedak yang dipakainya kerana saya tak tahan dengan bau bedak kegemarannya. Kesian pula bila teringat balik (“,).

Trimester Kedua

Bila dah masuk trimester kedua baru ok sikit. Masa tulah mula berselera. Hinggakan saya simpan stok makanan dalam bilik kami supaya mudah makan bila terasa lapar. Untuk memastikan bayi dalam kandungan sihat, selain dari mengamalkan pemakanan yang sihat, saya turut mengambil suplemen - antaranya kalsium dan multi vitamin. Saya juga ambil 2 gelas susu sehari, itu memang minuman kegemaran saya. Alhamdulillah, sepanjang kehamilan saya tidak ada masalah selain morning sickness, dan tak ada masalah sakit belakang atau cramp disebabkan cukup pengambilan kalsium.

Trimester Ketiga

Masa ni berat badan bertambah semakin banyak. Takut pula rasanya. Macam manalah nak slim balik nanti.. Tapi, walaupun perut dah semakin membesar, saya tak kisah kalau naik motor untuk ke mana-mana. Saya suka naik motor dengan suami, romantik. Tapi suami kata, kena beli kereta juga sebab nanti takkan nak bawa anak kami naik motor, bahaya. So, tak dapatlah nak naik motor lagi lepas nie.. :(

Stunt Ibu Mengandung

Weekend saya selalu jer keluar jalan-jalan dengan suami. Dating la katakan.. Dulu sebelum kahwin tak pernah pun berjumpa, apatah lagi keluar berdating. Bercakap pun sekadar dalam telefon, tupun kalau betul-betul ada urusan penting. Ada sekali tu saya buat stunt kat Low Yat. Alhamdulillah tak jatuh. Hari tu kami keluar bersama kawan, sajer nak pusing-pusing kat Low Yat. Sebab ramai sangat orang, kami pun terpisah dari kawan. Suami saya ingatkan dia dah turun, so kami turun lah dengan escalator. Tengok-tengok, kawan tu ada kat atas lagi. Suami saya pun lari balik naik atas. Bila saya tengok, saya pun terus ikut tanpa berfikir panjang. Fuh.. bahaya betul. Nyaris-nyaris nak jatuh. Tapi Alhamdulillah la tak jatuh. Kalau tak, bukan saja boleh membahayakan kandungan, free-free dapat malu..

Selusuh Dan Salindah

Saya dijangka akan bersalin hujung bulan Mac 2004, genap setahun usia perkahwinan kami. Kebetulan kakak ipar saya bersalin pada bulan Dec 2003, beberapa bulan sebelum tu. Dia ambil set lengkap bersalin Salindah. Tapi memandangkan dia bersalin caeser, maka dia berikan saya 3 botol ceraian Salindah (B4, B5 dan B6 - untuk membantu memudahkan proses bersalin) yang tak digunakannya. Itulah pertama kali saya mengenali Salindah. Kira-kira sebulan sebelum bersalin, abang saya yang sulung pula membuatkan air, kurma dan minyak selusuh untuk saya. So, sepanjang tempoh menunggu untuk bersalin, saya mengamalkan selusuh sambil turut mengambil Salindah. Tapi, suami dan mama selalu berpesan, kedua-dua selusuh dan Salindah hanyalah ikhtiar sedangkan hanya kepada Allah tempat kita bergantung. Saya juga khuatir kalau-kalau terlalu bergantung kepada ikhtiar. Alhamdulillah, ada suami dan mama yang selalu beri peringatan.

Persiapan Bersalin

Kira-kira sebulan sebelum tarikh jangkaan bersalin, mama dan kakak saya menyuruh saya supaya packing pakaian saya serta baby di dalam sebuah beg kecil. Ia memudahkan saya ketika tiba saat untuk bersalin nanti. Saya hanya perlu mengambil beg tersebut untuk dibawa ke klinik. Dengan itu saya tak perlu tergesa-gesa packing dan saya tak kan tertinggal apa-apa.

Pilihanraya Umum 2004

21 Mac 2004, Pilihanraya Umum dijalankan. Saya turut turun mengundi walaupun ketika itu sedang sarat. Mama bagi tau, kalau tak larat, saya boleh minta kerusi roda. Isy, malu ah.. Saya dan 2 orang kakak serta mama ke tempat membuang undi seawal mungkin kerana tak nak bersesak dengan orang ramai. Sempat juga masuk TV. Tapi hanya wajah kakak saya jer yang sempat dirakam. Glamour kejap.. Syukur Alhamdulillah saya tak mencipta sejarah dengan ‘terberanak’ kat tempat mengundi (“,). Kalau tak, mesti heboh satu kampung. Malu..malu..

Tanda Nak Bersalin

Keesokannya, mama agak sibuk dengan kerja mengemas kini bilik gerakan. Jadi, sepanjang pagi dia tidak berada di rumah. Sedang saya berehat sambil menonton TV, tiba-tiba terasa seperti ada cecair yang mengalir di paha. Isy.. air apa ni? Takkan air ketuban kot! Camni ke gayanya nak beranak? Macam-macam persoalan berlegar dalam fikiran. Saya terus menelefon mama. Dia suruh saya bersiap-siap untuk ke klinik. Saya kemudiannya menelefon suami yang ketika itu berada di Kelantan kerana pulang untuk mengundi.

“Ayang nak abang gi sana ker?”
“Takyah la kot. Lambat lagi kot nak bersalin. Abang balik KL la
dulu.”

Masa tu suami saya dah nak bertolak balik ke KL dengan kawan-kawan dia sebab esok kerja. Sekembalinya mama ke rumah, dia terkejut kerana saya masih belum bersiap. Bila ditanya, saya cakap tak de rasa sakit lagi. Mama tetap menyuruh saya ke klinik.

Baby Post-Pilihanraya

Kira-kira jam 3pm, kami tiba di klinik. Setelah diperiksa, doktor mengatakan bahawa jalan telah terbuka sebanyak 2 cm. Dia menganggarkan lebih kurang 8-9 jam lagi baru saya akan bersalin, iaitu tengah malam nanti. Rasa menyesal pulak suruh suami saya balik ke KL tadi. Saya pun cuba menelefon suami, tapi malangnya takde line coz dia sedang dalam perjalanan ke KL. Rasa-rasanya dia ada kat sekitar Gua Musang kot masa tu. Dalam kul 5pm, saya mula rasa sakit. Dan Alhamdulillah, masa tu mama saya berjaya menghubungi suami saya. Memang betul la dia ada kat Gua Musang. Dia pun menaiki bas terakhir ke Pasir Mas dan membiarkan kawan-kawannya membawa kereta kami ke KL. Ingatkan suami saya sempat ke klinik sebelum saya bersalin. Rupa-rupanya tak sempat coz tepat jam 7.23pm, ketika azan maghrib dilaungkan, saya selamat melahirkan puteri sulung kami. Betul-betul sehari selepas pilihanraya. Mama saya yang mengazankan cucunya kerana suami saya lambat lagi nak sampai. Doktor dan nurse yang bertugas semuanya cakap saya bersalin awal. Kata mereka, biasanya anak pertama mengambil masa 10 jam untuk dilahirkan. Patut la time saya sedang meronta kesakitan tadi nurse buat tak endah jer. Siap duduk berborak lagi kat depan bilik saya. Sabar jelah..

Permata Hati Kami


Alhamdulillah berkat pertolongan Allah melalui selusuh dan Salindah serta berkat doa dari suami dan kedua ibu bapa serta mertua, saya selamat melahirkan permata hati kami secara normal, mudah dan cepat. Tepat jam 12 tengah malam, suami saya bersama kedua mertua saya tiba di klinik. Kata mak mertua, saya tak nampak macam baru lepas bersalin kerana kelihatan cergas. Alhamdulillah.. syukur rasanya kerana sihat. Cuma tadi lepas keluar dari bilik bersalin rasanya sejuk sangat, macam baru keluar dari peti sejuk. Inilah pengalaman pertama saya hamil dan melahirkan. Sampai bila-bila pun saya takkan lupa. Macam-macam perkara menarik dan kelakar serta menyedihkan yang berlaku sepanjang kehamilan saya. Tapi, setelah selamat melahirkan puteri kami yang comel, segalanya rasa berbaloi. Kira-kira 2 minggu selepas melahirkan, barulah kami mendapat nama yang sesuai untuk puteri kami, Aisyah Nurina, salah satu nama yang dicadangkan oleh sahabat karib suami saya.

Wassalam..
Najdah Mohammed Hussain
Jun 9,2008
12:25pm

No comments:

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers