Saturday, June 16, 2012

Catatan Kehamilan Ke 6

For the first time, baby overdue. Others semuanya bersalin awal. Kali ni overdue 3 hari. Tapi walaupun dah sarat, malam sebelum due sempat lagi ke rumah ayah saudara kat Gombak... hehehe... semua terkejut bila saya cakap due keesokan harinya sedangkan saya masih larat mendukung Hifdzi dan kelihatan bertenaga...

Ahad, 10 June : Hubby ada appointment dengan kawan dia. Plan tengahari tu nak bawa anak2 keluar jalan2. Tup tup, keluar tanda ('turun darah'). So, terpaksa cancel... kesian pulak kat anak2...

Selepas siap2, hubby bawa saya ke klinik. Doktor cek, jalan baru buka 2cm. Tapi dia suggest supaya terus admit. So, kami pilih untuk admit ke wad satu katil (bilik Jupiter). Senang nanti anak2 boleh datang visit.

Anak2 datang visit

Seronok main dalam bilik sambil tengok kartun... huhuhu...

Ni lah ragam anak2 bila datang visit. Berlari ke sana ke mari, panjat katil, conquer katil, tengok kartun... huhuhu... Alhamdulillah kami admit ke wad satu katil... kalau tak....

Isnin 11 June 2012 : Pagi still tak bersalin. Doktor cek jalan, baru 2-3cm. Contraction pun jarang2. Tapi sebab dah overdue, doktor pun masukkan ubat.

Lepas solat zohor, lebih kurang dekat pukul 3pm, masuk ke labour room. Doktor masukkan air (drip). Lebih kurang dekat pukul 4pm, start rasa sakit. Kali ni memang berbeza berbanding yang lain2. Sakit pun lebih sikit. Nak teran pun rasa macam tak larat jer... dua kali doktor offer nak inject (epidural) coz dia takut saya tak tahan sakit. Tapi saya tak nak. Sebelum2 ni pun saya tak pernah ambil epidural atau apa2 ubat tahan sakit semasa nak bersalin. Bagi saya, selagimana saya boleh tahan, insya Allah saya akan tahan.

4:12pm : Alhamdulillah saya selamat melahirkan baby boy kami yang ke 3 (anak ke 6). Syukur sangat2 coz sekali lagi saya dapat melahirkan anak secara normal tanpa apa2 alat bantuan (vacuum/ forcep) atau apa2 ubat (epidural etc) sama seperti ke lima2 sebelum ni. Mudah2an Allah menghapuskan dosa2 saya terdahulu, insya Allah...

Selepas nurse siap2kan saya, saya dimasukkan semula ke bilik wad untuk berehat. Hubby dah balik untuk jenguk anak2 yang lain coz tiada siapa yang jaga mereka kat rumah. Syukur sangat2 coz Aisyah boleh tolong jaga adik2 dia kat rumah. Mudah2an Aisyah membesar menjadi anak yang solehah dan semua adik2nya yang lain pun boleh diharapkan macam dia, insya Allah.

Malam tu, hubby datang visit dengan anak2. Terkejut bila hubby cakap berat baby masa lahir 3.7kg! Tuu dia! Setakat ni Fathi yang paling berat. Tapi itu pun baru dalam 3.4kg. Ini 3.7kg!! Patut la masa nak teran tu rasa macam susah sikit... huhuhu... Alhamdulillah la overdue 3 hari jer... dibuatnya overdue seminggu... maunya 4kg!...

Tapi apa2 pun, syukur pada Allah kerana saya selamat melahirkan baby secara normal dan baby pun sihat, sempurna, comel (^^)... and thanx to hubby coz always berada di sisi saya masa saya sedang kesakitan dan always remind saya supaya ingat pada Allah... also thanx to my lovely princess, Aisyah coz tolong jaga adik2 di rumah walaupun macam2 ragam dan karenah, tapi dia tetap bersabar... baik sungguh anak mama sampai sanggup basuh berak dan mandikan Hifdzi walaupun baru darjah 2.... syukur Alhamdulillah kerana Allah menganugerahkan Aisyah pada kami suami isteri...

Tak lupa juga, terima kasih kepada doktor, bidan dan nurse yang assist saya sepanjang saya berada di DDMC dan di dalam labour room.... semoga Allah merahmati kalian semua...

Inilah anak kami, permata hidup kami yang ke 6, Hasan... anugerah Allah kepada kami, hadiah buat hubby tersayang... semoga Hasan menjadi anak yang soleh, yang beriman dan bertaqwa dan semoga Hasan membesar sebagai seorang pendakwah, insya Allah amiin...

Our latest bundle of joy, Hasan...
Moga menjadi anak yang soleh, beriman dan bertaqwa, insya Allah...



Najdah MH
June 16, 2012 @ 5:15pm

No comments:

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers