Monday, September 1, 2008

Catatan Kehamilan Ke Dua

Lepas tiga bulan DnC, saya disahkan hamil lagi. Alhamdulillah… kurniaan rezeki dari Allah. Walaupun masih terasa sedih kerana keguguran, namun saya yakin setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. Itulah yang suami saya selalu pesan.

Alahan Teruk

Mengandung kali ni, alahan yang saya alami agak teruk. Morning sickness yang sepatutnya berhenti setelah tiga bulan hamil, berterusan hingga beberapa bulan seterusnya. Orang cakap, kalau keadaan masa mengandung lain dari sebelumnya, maknanya bayi yang dikandungkan lain jantinanya. Selalu lah dengar orang cakap macam tu. Tak tahu pulak dari mana datangnya teori ni.

Macam-macam ‘Pendapat’

Time jumpa kengkawan, macam-macam soalan diajukan pada saya.

“Perut rasa berat sebelah mana? Kalau berat kanan bla..bla..bla..”
“Perut nampak cam besar jer..perempuan lagi lah tu..”

Lebih kurang macam tulah ayat yang biasa saya dengar. Kekadang tu rasa boring jugak. Lebih-lebih lagi kalau ada yang cakap, anak lelaki lah pulak, perempuan dah ada. Tension jugak, macam lah boleh pilih nak mengandung anak lelaki ke perempuan. Bila saya mengadu kat suami, dia suruh saya pedulikan kata orang. Dia cakap, ikutlah orang nak kata apa, yang penting kami bahagia walaupun dikurniakan anak perempuan. Alhamdulillah ada suami yang selalu memberi nasihat dan peringatan. Kalau tak, mesti saya depress.

Teori Tak Tepat

Time pergi check-up, doktor tanya nak scan ke tak nak. Mula tu ingatkan nak surprise, tapi kalau scan ok jugak. Boleh prepare nama awal-awal. Doktor pun scan. Pastu doktor cakap, perempuan jugak… walaupun bukan lelaki, kami tetap rasa bersyukur sebab doktor cakap baby sihat, tumbesaran dia normal dan yang paling penting sekali, Alhamdulillah sempurna tubuh badan. So, nampak gayanya teori tadi tak tepat lah sebab baby girl jugak.

Jalan Dah Buka!

Saya dijangka akan bersalin pada 11 Jun 2006 (sama dengan tarikh lahir adik ipar). Seminggu sebelum tu adik ipar saya kahwin. So, kami pun balik kampung. Budget sempat la balik KL sebelum bersalin sebab plan nak bersalin kat sini. Tiba-tiba, hari kami nak bertolak ke KL, saya rasa sakit perut. Tapi tak delah kuat sangat. Cuma risau jugak takut terberanak dalam perjalanan. So, suami pun bawa saya ke An-Nisa’ untuk check-up. Lepas doktor periksa, dia cakap jalan dah buka 2cm. Masya Allah… Alhamdulillah kami tak bertolak ke KL lagi. Kalau tak, bersalin dalam kereta la jawabnya… Lepas tu, saya pun terus admitted.

Seharian Menunggu

Lepas masuk wad, perut dah tak sakit. Sehari suntuk kami tunggu, tapi tak sakit-sakit jugak. Rasa macam nak balik rumah jer. Boring la duk kat hospital ni… Malam tu, doktor cakap kalau tak bersalin lagi, esok dia masukkan ubat. Keesokannya, doktor pun masukkan ubat. Sepatutnya lepas tu ada la rasa sakit, tapi tak sakit-sakit jugak. Pelik bin ajaib betul la… Bila dah jadi macam tu, doktor pun suggest untuk pecahkan ketuban sebab dia takut baby lemas.

Tarikh Cantik


Lepas solat zohor, saya dibawa ke Labour Room. Untuk pertama kalinya, suami teman di sisi. Sejam lepas doktor pecahkan ketuban, barulah ada rasa sakit. Semakin lama, semakin kuat rasa sakit. Alhamdulillah ada suami kat sebelah pegang tangan saya sambil suruh ingat Allah. Dalam dua jam lepas tu, Alhamdulillah saya selamat melahirkan puteri kami yang ke dua, Amal Hayati. 06 hb 06, 2006 (060606), satu tarikh yang amat cantik. Doktor cakap, Amal tunggu tarikh tu baru nak keluar. Macam sengaja pilih la pulak. Dah la tu, hari tu dua orang jer yang bersalin kat situ termasuk saya. Special gitu…


Wassalam…
Najdah MH
Ogos 23, 2008
5.56pm


Sekarang Amal dah berusia dua tahun. Alhamdulillah perkembangannya cepat. Mungkin kerana dia ada teman. Dia cepat belajar, aktif, cerdik dan nakal (“,).

No comments:

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers