Thursday, February 5, 2009

Catatan Kehamilan Ke Empat (sambungan)

Lepas hantar saya balik kampung, husband balik semula ke KL sebab kerja. Tinggal la saya dengan anak-anak. Kebetulan masa tu parents husband ada kat Langkawi atas urusan kerja, keesokan harinya baru mereka balik, jadi terpaksalah minta mama saya temankan coz kat rumah takder orang. Takut jugak duk sorang-sorang time tengah sarat ni.

Tahun Baru

Alhamdu lillah, 2008 telah pun berlalu... sebelum tu risau jugak, kot-kot lah bersalin hujung tahun. Tapi, husband memang dah agak dah, paling awal pun 1 atau 2 Jan katanya. Hm…1 Jan KL cuti, so husband tak kerja. Kesian pulak kat dia duk sorang-sorang. Tapi biasanya dia ada banyak urusan. Lebih-lebih lagi dah dekat nak buka sekolah. Mesti dia sibuk dengan urusan PASTI. Confirm tak boring punyerlah…

‘Tumpah Darah’

1 Jan : Tengah malam tu, lepas husband balik dari meeting, bergayut kejap kat telefon. Sajer nak berbual… Pesan kat husband, beli tiket awal-awal. Kalau ikut plan, 2 Jan malam, husband naik bas coz budget bersalin dalam 2-3 hari lepas tu. Risau jugak takut takder tiket.

2 Jan : Pagi tu, masa nak solat subuh, keluar darah sikit. Teringat kat kata-kata husband, antara tanda-tanda nak bersalin, keluar darah. Lepas solat, terus call husband. Suruh dia beli tiket pagi tu jugak.

Admitted

Dalam pukul 10am, kedua-dua mama saya bawa saya ke Pusat Perubatan An-Nisa’ kat Kota Bharu. Doktor cek jalan baru buka 1cm. So, tak perlu admitted lagi. Tapi, kalau balik rumah dulu, nak ke klinik semula susah coz nanti anak-anak nak ikut. Tambahan pula, rumah agak jauh dari klinik. So, ma (mak mentua) dan mama nasihat supaya stay jer kat situ. Lepas admitted, ma balik ke rumah untuk tengok-tengokkan Aisyah, Amal dan Anis sementara mama temankan saya kat klinik.

Kronologi Kelahiran Fathi

Intro : Husband naik bas dalam pukul 9am. Budget sampai lebih kurang pukul 6.30pm. Dalam hati ni berdoa mudah-mudahan husband sempat sampai sebelum bersalin. Kalau boleh, biarlah husband sendiri yang mengazankan baby nanti.

Labour Room (1) : 4.30pm nurse bawa saya ke labour room. Masa tu, jalan baru buka 2cm. Nurse cakap lambat lagi. Tapi, kalau ikut kebiasaan, saya ni cepat bersalin.

Sakit dah semakin kuat, tapi jalan still tak bukak… Time nak bersalin Anis dulu, macam ni jugak. Masa tu, rasa pelik jugak, coz dah sakit sangat-sangat, rasa nak teran dah tapi jalan still tak bukak. Rupa-rupanya sebab saya tahan kencing. Nurse cakap, bila pundi kencing penuh, jalan tak bukak. Patut pun…

Kalau ikutkan sakit, nak jer bagitau nurse rasa nak kencing. Barulah cepat sikit bersalin. Tapi, kalau ikutkan hati, nak tahan jer biar lambat sikit bersalin coz nak tunggu husband sampai dulu. Tapi, kena lah tahan sakit…uwaa…

Balik ke Bilik (Kasih 3) : 6pm nurse bawa saya ke bilik semula. Katanya, saya lambat lagi nak bersalin. Memanglah lambat lagi coz saya sengaja tahan…hehhee…nak tunggu husband punya pasal… Terkejut gak mama bila tengok saya balik semula ke bilik tapi tak bersalin lagi. Saya cakap kat mama, baby nak tunggu papa dia…hehhee…

Husband Sampai : Alhamdu lillah tepat jam 6.30pm, husband sampai kat depan klinik. Bila husband dah sampai, barulah saya ke toilet. Lepas tu, sakit pun bertambah kuat. Bila nurse datang, minta nurse bawa ke labour room. Tapi, sebelum tu, nak solat maghrib ngan isya’ dulu.

Labour Room (2) : Selesai solat, dalam pukul 8pm, sekali lagi nurse bawa saya ke labour room. Kali ni husband ikut sekali (“,). Tak lama lepas tu, ada 2 orang lagi yang dimasukkan ke labour room - sorang dah 8cm, sorang lagi dah pecah ketuban. Sementara saya baru nak masuk 4cm.

Tahan Kencing : Nurse jangka saya lambat lagi bersalin, so semuanya sibuk menguruskan 2 orang tadi. Kesian pulak bila dengar salah sorang tu susah nak teran. Nurse cakap jalannya dah habis buka tapi dia seolah tak nak teran.

Tak lama lepas tu, saya mula rasa macam nak teran. Tapi bila nurse cek, jalan baru buka 4cm. Baru teringat, tadi minum air. Bagitau kat nurse nak kencing. Ingatkan nurse nak masukkan tiub untuk keluarkan air kencing macam kat Damansara Damai Medical Centre dulu (time bersalin Anis). Rupa-rupanya, dia letak bekas kat bawah saya, lepas tu suruh saya kencing. Isk…susahnya…dah la masa tu tengah baring…

Selamat Bersalin : Lepas kencing jer, bertambah la sakit. Memang betul cakap orang, bersalin tumpah darah ni lebih sakit berbanding pecah ketuban (sakit masa jalan nak buka). Tak lama lepas tu, saya minta nurse pecahkan ketuban. Bila dah pecah jer, terus rasa cam nak teran. Nurse cek dah 8cm.

Saya nak teran dah, tapi nurse cakap 10cm baru boleh teran. Masa tu tak teringat pulak time bersalin Anis, 8cm jer baby dah keluar. Nurse suruh saya mengiring semula coz cepat sikit jalan bukak. Bila saya mengiring jer, rasa kepala baby nak keluar. Cepat-cepat nurse baringkan saya. Tak sempat nak tarik nafas, terus teran. Alhamdu lillah sekali teran jer, Fathi selamat dilahirkan tepat jam 9.50pm dengan berat 3.35kg. Fuh…boleh tahan jugak… Kali ni Alhamdu lillah takder luka, so tak perlu jahit. Masa saya bersalin tu, 2 orang tadi masih belum bersalin.


Pegang Pengepit : Husband cakap, lepas Fathi keluar, dia terus pegang pengepit yang nurse guna untuk kepit tali pusat. Husband cakap masa tu dia risau sangat - takut pengepit tu tercucuk Fathi dan takut Fathi tergelongsor jatuh katil. Alhamdu lillah semuanya selamat. Lepas nurse letak Fathi dalam bekas kat bawah lampu, saya tengok tangan dia pegang dinding bekas tu. Happy bila saya tengok tangan kecil dia berpaut kat situ. Lupa sekejap rasa sakit.

Lepas saya dibawa semula ke bilik, husband pun balik ke rumah untuk menjaga Aisyah, Amal dan Anis. Teringat permintaan Aisyah pada saya masa nak ke klinik pagi tu…

“Ma…Aisyah nak baby boy pulak. Mama bawa balik baby boy na…”

Sejak lepas bersalin Anis dulu, memang Aisyah selalu cakap nak baby boy pulak. Alhamdu lillah, Allah mengurniakan Fathi kepada kami suami isteri. Boleh lah Fathi temankan papa dia keluar menjalankan aktiviti dakwah bila besar nanti… Insya Allah…



Wassalam…
Najdah MH
February 5, 2009
5.58pm

No comments:

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers