Thursday, August 11, 2011

Kisah Teladan 2 - Bila Si Kaya Meminta

Sekadar gambar hiasan
Satu lagi kisah yang bagi saya dapat memberi peringatan buat diri yang lemah ini.... (juga mengenai Puan L....)

Kisah 2

Sebelum A dan isterinya tunjuk peluang perniagaan yang mereka jalankan pada Puan L, mereka pernah bantu Puan L. Even setelah menjadi business partner, mereka selalu bantu Puan L (mostly dari sudut kewangan). Walaupun setelah Puan L 'rujuk' dengan bekas suaminya, mereka still bantu Puan L dan suaminya selagi mampu walaupun pada hakikatnya Puan L dan suaminya lebih berkemampuan dari A...

Selepas berlaku beberapa kes yang kurang menyenangkan, kepercayaan kepada Puan L berkurangan. Last-last, A dan isterinya dapat berita yang Puan L dan suaminya bercerai buat kali ke dua. Astaghfirullahalazim.... perkahwinan dah jadi macam permainan! Bernikah kemudian bercerai sesuka hati!

Tak lama lepas tu, bekas suami Puan L (Encik H) tiba-tiba minta A supaya pinjamkan duit dalam amaun yang sangat banyak (ribuan) kepada bekas isterinya, Puan L. Katanya Puan L perlukan duit untuk sara hidupnya dan 2 orang anaknya, tapi dia tak mampu untuk provide dalam masa yang singkat. Katanya lagi Puan L memintanya supaya meminta dari A dan dia akan pinjam dari 'ALONG' sekiranya Encik H tak mintak! Ya Allah! Terkejut A dan isterinya, tak tau apa nak kata!


A dikejutkan lagi dengan sms dari Puan L meminta 'Ihsan' darinya supaya bantu 'Ibu Tunggal' (Puan L) yang 'dianiayai' oleh bekas suaminya.... Puan L memang 'layak' dibantu HANYA sekiranya :
~ Dia tak mampu untuk cari pendapatan sendiri.
~ Dia seorang yang jujur (betul-betul perlukan bantuan ie. betul-betul kebuntuan) dan bukan sekadar mencari jalan senang.


Tapi, kedua-dua kriteria kat atas tu langsung takder pada Puan L. Dia seorang yang sempurna sifat (sempurna tubuh badan). Allah kurniakannya banyak kelebihan yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan yang sangat lumayan. Antaranya, dia pandai mengajar, pandai menjual, dan dengan senang dia boleh dapatkan duit yang diperlukan, malah lebih lagi dari tu.


Sebenarnya, Puan L jauh lebih kaya dari A! Gaya hidupnya, cara pemakanannya yang mewah... boleh dikatakan tiap hari dia makan di restaurant!


Atas sebab-sebab tersebut, A tak dapat pinjamkan duit pada Puan L. Lagipun, A perlu simpan duit reserve dia untuk beberapa urusan penting. But still, A dan isterinya sudi menghulurkan sedekah pada Puan L, atas perasaan simpati mereka. Tapi, kesudian mereka dibalas dengan sms yang sangat-sangat menyedihkan...


Puan L menuduh A tidak ada rasa 'Ihsan' padanya, seorang 'Ibu Tunggal' yang teraniaya... katanya lagi, Allah tidak akan ada rasa ihsan pada A! Astaghfirullahalazim.... sampai begitu sekali tuduhan Puan L.... sangat mengejutkan A dan isterinya.... lupakah Puan L siapa yang sudi hulurkan bantuan padanya tatkala tiada yang sudi menolong?... dan siapa pula yang memberi peluang perniagaan padanya supaya dia dapat menjadikan hidupnya lebih baik?...


Kisah ni banyak memberi peringatan pada saya supaya :
~ Sentiasa bersyukur atas setiap kurniaan Allah.... bagaimana? Hulurkan sebahagian dari rezki yang kita dapat pada yang memerlukan.... daripada ber'boros' di restaurant, lebih baik kita menjamu anak yatim atau para mustadh'afiin (fakir miskin). Barulah duit kita jadi berkat.
~ Sentiasa 'menoleh' kepada yang kurang berada dari kita coz dengan cara tu barulah kita akan bersyukur.
~ Sentiasa hargai sahabat - kenang jasanya, hargai pemberiannya dan berterima kasih atas setiap pertolongan yang diberikan walau sekecil mana sekalipun.
~ Sentiasa ber'husnudzzon' dengan semua orang dan sentiasa mendoakan kebaikan buat mereka even if ada yang melakukan keburukan pada kita.

Semoga kisah ni dapat memberi peringatan pada kita semua...


:: Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan segala yang kurang itu dari diri ini sendiri ::


Wallahua'lam

Aug 10, 2011 @ 11:45am

No comments:

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers