Thursday, August 11, 2011

Kisah Teladan 1 - Kurang Rasa Bersyukur


"Dalam dunia ni, ada macam-macam jenis manusia, barulah hidup kita ni berwarna-warni... itulah indahnya hidup ni....".... hubby saya selalu cakap camni bila saya query tentang gelagat manusia yang 'pelik'.

Kat sini, ada dua kisah yang bagi saya boleh dijadikan sebagai peringatan buat diri dan juga sebagai panduan dalam menjalani kehidupan sebagai 'Khalifah' di atas muka bumi Allah ni...

Kisah 1

Si A dan isterinya menjalankan satu bisnes secara sambilan. Melalui bisnes tersebut, mereka dapat bantu family dan kawan-kawan mereka untuk mudahkan kerja-kerja rumah sambil jimat belanja bulanan. Ramai di kalangan rakan-rakan mereka yang jadi business partner. Tak kurang juga kenalan baru. Dan di antara kenalan baru mereka, seorang ibu tunggal (bercerai) yang mempunyai 2 orang anak lelaki (sekolah rendah) di bawah jagaannya dan 2 orang lagi (sekolah rendah dan menengah) di bawah jagaan suami.

Mereka share tentang peluang business yang mereka jalankan dengan ibu tunggal tersebut (Puan L) kerana mereka lihat Puan L sangat berpotensi untuk berjaya - hardworking, tak segan dengan orang dan suka bercakap. Selain dari tu, Puan L ni memiliki sebuah Taska Islam yang berjaya. Ramai yang sanggup hantar anak mereka ke taska tersebut walaupun kosnya tinggi kerana mereka yakin dengan Puan L.

Disebabkan Puan L ni suka bercerita, sekejap jer dia dah dapat sale. Bukan tu jer, ramai kawan-kawan dia yang jadi business partner. Peluang untuk Puan L berjaya dalam business ni memang cerah, malah, dia boleh berjaya dengan lebih cepat berbanding A dan isterinya kalau dia bersungguh-sungguh.


Tapi.... sometime, things happen beyond expectation! Puan L selalu mengeluh... "I TAK dapat buat la business ni.... takder orang nak beli..." (sedangkan ramai yang dah jadi business partner dia). "I TAK boleh la nak tinggal anak-anak I... nanti siapa nak bagi makan..." (sedangkan anak-anak dia dah besar - boleh suap makanan sendiri dan dia hanya perlu tinggalkan anak-anak dia untuk 3 jam di rumah sendiri yang selamat untuk ke kelas sekali seminggu). "I TAK boleh jual la... takder orang nak beli..." (sedangkan dia mempunyai ramai customer). Dan yang paling unsangkarable (tak di sangka), Puan L tutup taska dia! Dan macam-macam lagilah karenah dan sikap Puan L yang kurang menyenangkan.


Terkejut A dan isterinya bila Puan L mula menunjukkan sikapnya yang sebenar. Memang benar ungkapan "Don't judge a book by its cover"!


Sebenarnya, Puan L dikurniakan Allah banyak kelebihan. Antaranya adalah :
~ Mempunyai kebolehan mengajar budak-budak hinggakan mampu memiliki sebuah taska yang berjaya dan dipercayai.
~ Tak malu untuk bercerita hinggakan dia berjaya mempunyai ramai customer dalam masa yang singkat (berbanding A dan isterinya yang dapat 1st customer hanya lepas 6 bulan jalankan business).
~ Anak-anak dah besar, boleh dibawa bersama semasa menjalankan business (berbanding A dan isterinya yang ada ramai anak yang masih kecil dan tak boleh dibawa bersama semasa berbisnes).
Pengajaran dari kisah ni :
~ Jaga kepercayaan yang diberikan kepada kita kerana once kita 'khianat' kepercayaan tersebut, orang dah susah nak percaya kat kita.
~ Bersyukur atas semua kelebihan yang Allah berikan pada kita dan gunakan kelebihan tersebut untuk melakukan kebaikan.
~ Ikhlaskan niat dalam membantu orang dan sentiasa bersikap jujur dalam setiap perbuatan (samaada dalam berniaga, bersahabat juga dalam hubungan suami isteri).
~ Always make sure yang sebahagian dari pendapatan kita disalurkan ke tempat yang sepatutnya (zakat, infaq, ibu bapa etc.) kerana bila pendapatan kita 'bersih', insya Allah dapat berkat, dan bila dah berkat, insya Allah kita akan sentiasa rasa cukup.
~ Always talk in positive way coz kita boleh dengar setiap ungkapan kita, thus otak kita akan simpan kata-kata tersebut ke dalam subconscious mind and finally kita akan bertindak mengikut kata-kata tadi.


Conclusion dari kisah ni, always bersyukur atas segala kurniaan Allah, always bersikap jujur dalam setiap perbuatan, always appreciate semua opportunity yang kita dapat.


:: Segala yang baik itu datang dari Allah, dan segala yang kurang itu dari diri ini sendiri ::


Wallahua'lam


Aug 10, 2011 @ 10:00am

No comments:

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers