Monday, June 18, 2012

Supplement - Kenapa Ia Penting

Antara supplement yang diambil setiap hari

Lepas bersalin kali ni, seluruh badan rasa sakit2 coz baby agak besar, so masa teran tu banyak guna tenaga. Memang berbeza sangat la berbanding masa bersalin anak2 yang lain2. Nak jalan pun kena slow2. Teringat masa bersalin Aisyah dulu, lepas bersalin dah boleh berlari. Sihat dan bertenaga. Tak macam orang lepas bersalin (^^).

Tapi walaupun badan rasa sakit, syukur Alhamdulillah, bila maintain ambil supplement, saya masih boleh tolong hubby uruskan rumah. Hari ke 3 bersalin, saya dah boleh basuh baju sementara hubby tolong uruskan anak2 dan kemas rumah. Cuma pergerakan tu agak slow sikit la...

Kesian pulak kat hubby, macam2 karenah anak2. Kejap2 kena sapu lantai. Lepas tu kena mop pulak coz ada yang makan bersepah, ada yang tuang air atas lantai. Syukur sangat2 coz saya masih dikurniakan sedikit tenaga untuk assist hubby uruskan rumah. At least, saya boleh kurangkan sikit kerja hubby kat rumah ni.

Ramai yang bertanya, tak balik berpantang di kampung ker. Bukannya tak nak balik, tapi anak2 sekolah. Lagipun, memang dah biasa berpantang sendiri di KL ni sejak anak ke 2 lagi dah.

Bila difikirkan, memang penting sebenarnya ambil supplement ni. Badan kita jadi lebih sihat dan bertenaga. So, thanx a lot to my hubby coz sediakan set supplement yang cukup lengkap untuk saya. Bila maintain ambil supplement setiap hari, walaupun badan rasa sakit2, tapi still mampu untuk buat kerja rumah.

Dan hari ni, hubby dah start kerja. So, semua kerja rumah, saya dah kena buat sendiri, termasuklah melayan karenah 6 orang anak yang masih kecil. Walaupun baru seminggu bersalin, tapi saya rasa syukur sangat2 coz saya dah boleh uruskan rumah dan anak2 seperti biasa. All thanx to Allah di atas rezki yang dikurniakan, dapat la kami sefamily maintain ambil supplement and also to hubby coz always prihatin tentang kesihatan kami sefamily... I love you bang... (^^)


Najdah MH
June 18, 2012 @ 10:45am

No comments:

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers