Tuesday, October 20, 2009

Casa Impian @ Deko Bersama Najdah (",)

Alhamdulillah pagi tadi lepas Aisyah gi sekolah, dapat mulakan kerja pengubahsuaian sikit.... heheh.... bunyi ubahsuai tu cam besar jer projek... takder lah.... sebenarnya, kami dalam perancangan untuk jadikan rumah kami lebih kemas dan teratur, tu jer.... bukan cam dalam Casa Impian tu.... yang tu costly.... tak mampu ler.... :p

Mula-mula, drill dinding kat dapur dulu.... nilah first time drill sendiri... seumur hidup tak pernah guna... dulu masa kecik-kecik, tengok jer ayah atau abang drill dinding, sekarang baru dapat merasa... seronok!

Dah sudah drill, pasang dish drainer kat atas sinki. Kami beli yang stainless steel, tahan lama sikit, tak karat. Hmm... senang guna yang walled-in ni, tak ganggu space kat atas sinki. Tak nampak serabut. Memang berbaloi beli.


Pastu pasang rail pulak kat dinding sebelah. Nak gantung bahan-bahan masak ngan supplement biar teratur sikit. Pun kena drill jugak. Alhamdulillah la weekend baru ni dapat beli drill kat Giant, tu pun last stock model tu. Lepas ni, senang la sikit nak buat kerja-kerja pemasangan ni. Kalau dulu paku terus jer. Tapi tak cantik la dinding, pecah-pecah. Guna drill ni, nampak kemas jer....


Pastu pasang shelf untuk letak sabun-sabun. Bila dah tersusun rapi camni, nak amik pun senang.


Kat pintu toilet, letak towel rail. Murah jer, beli kat IKEA. Rupanya kat IKEA ni ada jugak barang-barang yang murah. Barang dia pulak, berkualiti. Berbaloi beli. Tapi, sebenarnya kat IKEA ni barang dia tak mahal, kalau dibandingkan harga ngan kualiti dia la. For the long term, memang berbaloi. Pastu, furniture dia unik, kita boleh design ikut citarasa sendiri. Cuma buat sementara waktu ni, belum berkemampuan lagi la nak deko-deko ni...


Dalam bilik princesses pulak, pasang shelf. Senang nak simpan toy yang besar-besar, Muqaddam, rehal dan buku Iqra'. Pastu letak hook beberapa pieces buat sangkut storage, takderlah bersepah kat atas lantai tu. Barulah kemas.


Yang ni pun sangkut kat dinding, kemas dan teratur. Tapi takleh la sangkut tinggi sangat, nanti kang tak sampai pulak Aisyah ngan adik-adik dia nak amik toy.... maka jadilah toy tu sebagai hiasan.... :p


Haa.... barulah kemas sikit bilik anak-anak.... ni baru separuh dari koleksi toy diorang... lagi separuh simpan dalam box. Tapi tak sempat lagi nak kemas semuanya.... sambung esok pulak....



Written on Oct 20, 2009 @ 4:00pm

No comments:

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers