Wednesday, October 21, 2009

Bahaya Naik Motor Pakai Selipar


Sekadar gambar hiasan

Weekend baru ni, kami beraya ke rumah bos hubby dekat Templer. On the way ke sana, ternampak sorang wanita naik motor ngan hubby dia. Pakaian agak seksi - t-shirt lengan pendek dan seluar/skirt pendek, menampakkan betis. Kaki pulak sekadar pakai selipar jer!

Apa yang menarik perhatian kami, cara pemakaian ketika menaiki motor. Kebanyakan orang tak ambil berat pasal pemakaian dan keselamatan ketika menaiki motor ni. Especially golongan wanita. Bagi mereka cukup sekadar memakai topi keledar. Pakaian pulak, takder ciri2 keselamatan. Kaki pulak cukup sekadar ditutup dengan selipar.

Saya pernah accident dengan hubby masa mula-mula kawin dulu. Masa tu kami on the way ke tempat kerja. Jalan jam. Tetiba jer ada sorang pakcik tu keluar simpang secara mengejut. Hubby pun elak la. Masa tu hubby bawak motor cam biasa, slow jer. Tapi kami terjatuh jugak. Terkejut masa tu. Alhamdulillah la sikit jer luka. Hubby luka kat tapak tangan, saya luka kat siku. Pakai lengan panjang dah tu!

Cuba bayangkan, kalau lengan panjang pun boleh luka, apa akan jadi kalau pakai lengan pendek jer. Mesti lebih parah lagi! Hubby cakap, bila jatuh motor, first kita akan tahan dengan tangan. Kalau tak pakai glove, tapak tangan kita akan sakit. So, kita akan tahan dengan siku pulak. Kalau pakai lengan pendek, siku kita pulak yang akan sakit. Kita tahan dengan bahu pulak. Kalau bahu sakit, kita akan rebahkan badan. Last-last, habis semua luka! Kalau setakat luka, ok lagi. Maunya patah tulang bahu. Tak ker sakit tu....

Ok, masuk bab kaki pulak. Bila kita nak jatuh, mesti kita akan tahan jugak dengan kaki kan. Kalau pakai selipar, maunya tercabut kuku macam kawan saya dulu. Tercabut kuku ibu jari kaki dia masa dia jatuh motor dulu, gara-gara pakai selipar. Ngeriiiii!!! Tiap kali kami ternampak orang naik motor pakai selipar ni, kami rasa risau sebab kami tahu bahaya dia. Belum terkena belum tahu. Tapi, baik lah tak kena.

Syukur Alhamdulillah la kami tak pernah accident teruk. Sebab tu lah kalau kami nak naik motor, kami akan pastikan pakaian kami tu sesuai - lengan panjang, seluar panjang, stokin dan kasut. Hubby pulak pakai glove, baju reflector. Dekat helmet pun sama, tampal reflector kat belakang dia. Dan disebabkan tudung saya labuh, kawan kami nasihatkan supaya saya pakai sweater, takut-takut tudung tersangkut kat lori ker, atau mana-mana yang boleh menyebabkan accident. Maklumlah, naik motor ni kan berangin, tudung asyik terkibar macam bendera :p

Bila accident, yang paling kesiannya, golongan wanita la. Kalau dah luka sana sini, mesti akan tinggalkan parut. Parut kat siku saya sampai sekarang pun tak hilang-hilang... huhu... Alhamdulillah la sikit jer....

Sayang la kaki dengan tangan yang cantik tu, anugerah Allah pada kita untuk dijaga dan untuk dipertontonkan pada suami. Kalau dah berparut sana sini, nak tunjuk kat suami pun rasa malu, betul tak?


Written on Oct 21, 2009 @ 11:40am

No comments:

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers