Monday, October 12, 2009

Anis 'Terkunci' Dalam Kereta


Petang ahad baru ni, kami keluar beraya ke rumah kawan kat Saujana Utama. Time nak balik, seperti biasa, hubby masukkan anak-anak ke dalam kereta, start enjin, pastu pasang air-cond untuk sejukkan kereta. Entah macam mana hari tu Amal boleh tinggalkan Anis sorang-sorang kat dalam kereta. Tengok-tengok, Anis dah pun kuncikan pintu! Masya Allah! Anak aku! Dah la dia tak pandai nak bukak balik kunci tu. Macam mana ni.....

Kebiasaannya, Amal ataupun Aisyah yang akan kuncikan pintu tiap kali hubby tinggalkan kami 5 beranak kat dalam kereta either untuk ke toilet, ke surau atau ke kedai, on safety precaution. Tu memang dah jadi rutin kami. Dan kebiasaannya, Amal dan Aisyah tak tinggalkan Anis sorang-sorang cam tu. Tetiba jer hari tu diorang tinggalkan Anis sorang-sorang....

Macam-macam kami cuba buat malam tu... kami cuba suruh dia turunkan tingkap depan, tapi disebabkan dia masih kecil, dia tak faham sangat instruction yang kami beri.... dalam suasana panik tu, kekadang rasa lucu pun ada bila tengok gelagat dia.... bila kami ketuk tingkap minta dia turunkan tingkap depan (auto), dia pun ketuk jugak, dia sangkakan kami ajak dia bermain.... bila kami suruh dia tekan/pijak butang untuk turunkan tingkap, dia tak pijak pulak.... kebiasaanya, dia suka main butang tu... dan tiap kali dia ke tempat duduk depan, dia mesti akan terpijak butang tu.... tapi malam tu, sekali pun dia tak terpijak.... bila kami suluh torchlight untuk guide dia supaya dia tekan butang tu, dia pun amik torchlight jugak....

Macam-macam lagi yang kami cuba.... masa hubby bagi instruction kat Anis, saya cuba turunkan tingkap dari luar... malangnya tak berjaya.... sakit tangan ada la.... aduhai anak mama.... nak buat camner lagi ni.....

Sedang kami kerisauan kat luar, dia seronok bermain kat dalam... macam-macam gaya dan aksi yang dia buat.... kejap-kejap, dia ke depan, kejap-kejap dia ke belakang balik... pastu dia baring kat atas seat belakang... risau kami, kot-kot la dia tidur... tapi Alhamdulillah la last sekali, dalam setengah jam kemudian, masa dia tengah main, dia terpijak butang tu... walaupun tingkap hanya terbuka sedikit, tapi kami berjaya tekan butang tu menggunakan kayu, boleh la bukak pintu lepas tu...

Gabra kami malam tu.... risau sangat-sangat... syukur la takder apa-apa yang berbahaya.... kesian pulak kat kawan kami malam tu... dalam kesibukan menyediakan juadah untuk ahli mesyuarat, terpaksa membantu kami dalam usaha 'rescue' Anis.... terima kasih banyak-banyak la pada depa suami isteri....

lepas kejadian tu, kami train Anis bukak tingkap tiap kali kami minta, as a precaution.... tapi, mudah-mudahan tak jadi camni lagi dah lepas-lepas ni.... hopefully....


Written on October 12, 2009 @ 4:25pm

No comments:

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers