Thursday, June 19, 2008

Memilih Jantina


Sudah menjadi lumrah sesetengah masyarakat kita lebih sukakan anak lelaki berbanding anak perempuan. Ada yang terlalu menginginkan anak lelaki hinggakan apabila mendapat anak perempuan, mereka malah bersedih dan tidak bersyukur, na’uzubillah.. Mudah-mudahan kita dijauhkan oleh Allah dari berperasaan demikian.

Anak Adalah Rezki

Lelaki atau perempuan, anak tetap merupakan rezki daripada Allah yang wajib disyukuri dan dijaga dengan sebaiknya. Itulah yang selalu dipesan oleh suami saya. Bagi dia, sudah memadai jika anak yang saya kandungkan sihat dan selamat dilahirkan. Tak kisahlah jika anak itu lelaki atau perempuan. Saya bersetuju dengan pendapatnya. Mengapa nak dibezakan antara lelaki dan perempuan? Apa istimewanya anak lelaki dan apa kurangnya anak perempuan? Lelaki atau perempuan, itu kan ketentuan Allah. Suami saya juga selalu berpesan supaya sentiasa bersyukur kerana dikurniakan anak sedangkan ramai yang sudah lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan anak.

Kata Orang

Ketika hamil buat kali kedua (ketiga sebenarnya kerana saya keguguran masa hamil anak kedua), saya agak tertekan. Tertekan bukan disebabkan kandungan atau karenah anak sulung saya, tapi disebabkan kata orang..
“Anak lelaki lah pulak, perempuan dah ada..”
“Dah scan ker? Lelaki ke perempuan?”
Itulah antara kata-kata dan soalan yang sering saya dengar hampir ke mana saja saya pergi, hinggakan saya pernah merasa malas untuk keluar dari rumah. Saya juga pernah merasa malu buat seketika waktu. Malu kerana belum mempunyai anak lelaki! Astaghfirullahal’azim.. Betapa besarnya pengaruh kata orang hingga mampu membuatkan saya lupa kepada ketentuan yang Esa. Alhamdulillah, ada suami di sisi yang sentiasa memberi tazkirah dan sokongan. Kata-kata dan nasihat yang tak pernah putus darinya meyedarkan saya bahawa walaupun kami hanya mempunyai anak perempuan, namun anak itulah yang menjadi penyeri hidup kami, yang sentiasa menemani saya di rumah, yang menambah kebahagiaan di dalam hidup kami. Syukur Alhamdulillah di atas kurniaan rezki dari Allah.. Aisyah Nurina adalah puteri hati kami.

Tidak Merasa Malu

Alhamdulillah, anak kami yang kedua selamat dilahirkan secara normal. Seorang lagi puteri hadir dalam hidup kami. Amal Hayati, puteri hati kami yang kedua. Amat lincah sekali. Walaupun saya hanya dikurniakan 2 orang puteri, saya amat bahagia di samping mereka. Syukur Alhamdulillah, anak-anak kami semuanya sihat, cerdas dan pintar. Hanya itu yang penting bagi kami suami isteri. Ke mana saja saya pergi, jika ditanyakan samada anak saya lelaki atau perempuan, dengan bangganya saya menjawab.. “2 cute little princesses.” (“,)

Tak Perlu Bertanya

Kalau dulu, saya pasti akan bertanya kawan saya samada bayi yang dikandungkannya lelaki atau perempuan. Tapi sekarang, saya memilih untuk tidak bertanya. Biarlah dia sendiri yang memilih untuk memberitahu atau tidak. Saya tidak mahu memberikan tekanan kepada mereka sebagaimana yang pernah saya lalui. Yang pasti, saya akan sentiasa mendoakan agar semua kawan-kawan saya yang hamil selamat melahirkan bayi mereka, Insya-Allah.

Wassalam..
Najdah Mohammed Hussain
Jun 9,2008
12:25pm

2 comments:

imran ismail said...

Hm,tk penah pulak terfikir pasal perbezaan jantina baby... Masa sy pregnant 1st time...bila ckp baby girl,rmi ckp untung akak,,baby girl makin murah rezeki,dpt twin double murah rezeki...
Sbb nk jaga anak perempuan lebih berat tgungjwb nye...oh ye,nama sy ahza!, Salam perkenalan.

Najdah Mohammed Hussain said...

Salam Ahza,

maaf lambat reply…dah lebih setahun tak sempat nak berblog…

Memang betul tu Ahza…beruntung anak sulung perempuan…bila dah besar, insyaAllah boleh tolong2 jaga adik2…

Alhamdulillah tu lah apa yang kami rasa sekarang…walaupun anak kami yang sulung baru 9 tahun, tapi syukur sangat2 coz dia sangat boleh diharap…selalu rajin tolong jaga adik2…

Bila difikirkan balik, setiap apa yang Allah rezkikan pada kita adalah yang terbaik buat kita Alhamdulillah…

Salam perkenalan juga buat Ahza :)

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers