Monday, February 1, 2016

Sabar Dalam Mendidik Anak Solat

Photo source : Fb Page Ustaz


This is exactly what happened everytime kami solat... Fathi dan Hifdzi selalu berebut-rebut nak panjat dan bergayut di belakang saya dan suami masa mereka berusia 2 & 3 tahun dulu.
Paling tak tahan, time pregnant Hasan pun mereka masih dengan 'aktiviti' yang sama. Paling tak larat, bila dah sarat... masa nak bangun dari tahiyyat awal time paling mencabar. Nak 'bawak' perut lagi, nak gendong kat belakang lagi... aduh... betul-betul menguji tahap kesabaran...

Sekarang, syukur Alhamdulillah mereka dah rajin solat berjemaah dengan kami atau cece-cece mereka. Dan mereka solat penuh tertib. 

Zaman Fathi & Hifdzi bergayut atas belakang waktu kami sedang solat dah pun berlalu. Muaz pun dah mewarisi aktiviti mereka untuk seketika waktu. Time sujud, ada jer yang tiba-tiba duduk atas belakang kepala, ala-ala tunggang kuda. Cece dia pun jadi mangsa... huhuhu... 

Sekarang ni, tinggal Hasan jer lagi yang masih meneruskan 'tradisi' ni dengan sedikit adjustment. Makin sarat, makin tak larat rasanya... but hopefully, boleh bertahan insyaAllah... 

Saya lihat, anak-anak kecil (yang belum faham) bermain ketika solat ni adalah perkara normal. Maybe masa kita berusia 2 atau 3 tahun dulu pun sama jugak. Cuma kita jer yang terlupa. Cucu-cucu Rasulullah S.A.W pun pernah diceritakan memanjat belakang Baginda ketika Baginda sedang solat. Tapi Baginda tak marah. 

Anak-anak kecil bermain di sekeliling kita time solat, biarkan. Walaupun permulaannya mereka hanya bermain, tapi dalam masa yang sama mereka melihat kita solat dan mereka belajar. Lama kelamaan mereka akan sama-sama solat dengan kita. Hasan dan Muaz pun sesekali akan solat sama sambil-sambil mereka bermain. Sesekali mereka akan ikut dari awal solat sampailah ke tahiyyat akhir. Dan bila mereka solat, mereka akan menyebut 'Allahuakbar' ketika angkat takbir, dan ketika nak sujud. 



Najdah MH Hansen
31 Jan 2016 @ 10:10am

No comments:

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers