Tuesday, April 10, 2012

31st Week

Illustration only


Cepatnya masa berlalu... sedar tak sedar, dah pun 31 minggu pregnant. Kalau sebelum2 ni, sampai ke 39 minggu pun Alhamdulillah still boleh berlari kejar anak2 lagi, boleh exercise kejar anak2 kat playground, boleh dukung yang masih kecik... tapi kali ni, 31 minggu pun dah rasa terlalu exhausted. Nak lari kejar anak2 pun, kalau dah terpaksa sangat. Nak ke mana2 pun, kadang tu rasa cam kurang rajin jer... dukung Fathi dan Hifdzi pun sebab kesian kat depa bila depa merajuk.... Naper jadi camtu ek? Sebab tak larat? Dah makin bertambah usia?... hmm... actually sebab tenaga dah terlalu banyak digunakan untuk benda2 lain....

Dulu, tak perlu drive tiap hari. Sekarang tiap2 hari drive hantar dan amik Aisyah sekolah. For those yang drive kereta auto + power stereng, maybe it's a small matter. But me... I drive a manual car.... ulang sekali lagi yer, kereta MANUAL + stereng biasa... my mom said after dia pernah drive sekali my car – stereng kereta kami berat woo..... (bukan ayat dia la, just mafhumnya... hehehe) So, sekali tu jer lah dia drive my car.... huhuhu... but still, eventhough it's a manual, but it's our precious one... sentimental value tuu.... sayaang.... (^^)

Dulu, even though anak2 manja sebab nak dapat adik, still ok lagi la walaupun macam2 karenah nak kena layan coz 3 girls + 1 boy, still boleh manage. Sekarang 3 girls + 2 boys, it's the same like having 4 boys. Why?? Sebab yang trashing dalam rumah ni all 4 (excluding Aisyah la coz dia sekolah from 7.30am till 6.30pm). Lagipun dia dah darjah 2, no more trashing, syukur.... imagine having 4 kids at home + toys. What could happen? Though 2 girls and 2 boys, all my kids are soo active. Girls pun sama aktif ngan boys. Kalau kawan2 cakap girls lemah lembut, senang jaga tak macam boys, I would totally disagree... hehehe... their girls, maybe... but mine? my kids are all the same... maybe the girls are 0.1% less aggressive then the boys, but still, depa memang active compared to other girls.

Soon after they got exhausted with all the trashing, guess who got the cleaning job done? Lepas tu? No more trashing? Nooo... absolutely not... the trashing begins over and over again, for the rest of the day.... till night actually... and if I'm lucky, not the whole house, maybe just in the bedroom, or in the living room. But still, the cleaning job is continuous.

Kawan2 selalu cakap, 'Senang la najdah anak perempuan ramai, boleh tolong buat kerja kat rumah...' depa selalu anggap saya boleh rest jer duk kat rumah... huhuhu... I wish....

Alhamdulillah, kami memang dikurniakan 3 anak perempuan. Dan insya Allah, mudah2an bila mereka besar nanti, mereka dapat ringankan kerja2 rumah. But till then... for the time being, it's all on me... depa still budak2... setakat simpan toy sikit2 tu boleh la Aisyah tolong bila dia ada kat rumah. The rest?....

Tu baru kira bab toy yang penuh menghiasi seluruh pelusuk rumah. Belum masuk bab makanan yang menghiasi ruang lantai, sofa dan tilam...huhuhu... dan lain2 additional events like menangis, mengamuk, muntah, merajuk, provokasi dan perebutan kuasa... eh, perebutan toys... hehehe... macam2 'hiburan' kat rumah ni.... sekarang ni pulak, Hifdzi ada aktiviti baru – berpaut kat kaki saya tiap kali dia merajuk dan mengamuk, selain mengekalkan aktiviti lamanya, sama2 ngan Fathi gigit saya bila tak puas hati... kadang tu nak tergelak pun ada dengan karenah depa berdua... macam2 la anak mama ni....

Perut ni pulak, bila makin besar, dah jadi punching bag la pulak... tak pun jadi landing pad... huhuhu... apa taknyer, Fathi dan Hifdzi suka2 jer datang tepuk, tendang, lompat kat atas perut ni.... adoi laa.... lasak lagi la nampak gayanya baby dalam perut ni... dari dalam perut lagi koko2 dia dah train jadi 'askar'... cam depa dulu jugak la, dari dalam perut dah di train oleh cece2... semenjak dua menjak ni pulak, asyik mengeras jer perut ni... huhuhu...

Walaupun terlalu penat dengan kerja2 rumah yang menggunung + melayan karenah anak2 yang makin manja inginkan perhatian, syukur sangat2 coz Allah sentiasa mudahkan segala urusan... Allah sentiasa pinjamkan sedikit kekuatan untuk buat semua kerja2 rumah + jaga anak2... cuma kadang tu bila ada suara2 yang kata saya duk kat rumah ni boleh releks, tak penat dan stress macam kaum ibu yang bekerja di ofis, terasa la jugak.... tak tau la naper, maybe sebab pregnant kot, jadi mudah terasa....

Bila kawan compare saya yang duduk kat rumah ngan dia yang duk kat ofis, terfikir jugak, betul ker saya duk kat rumah ni releks? Katanya, dia lagi penat coz kerja kat ofis, anak2 hantar ke pengasuh, bila balik kena kemas rumah, masak, pastu kena basuh baju, sidai baju.... so, dia stress kat ofis dan kat rumah... sedangkan saya ni tak penat sangat coz duk kat rumah jer... takder nak kena buat kerja ofis.... setakat jaga anak2 jer.... anytime boleh buat kerja rumah coz masa banyak terluang.... hmm.... entah la... tu pendapat dia....

Dari dulu lagi selalu jer ada kawan yang cakap camtu, tapi saya tak kisah pun coz saya yang lebih tahu apa yang saya buat kat rumah ni.... walaupun tak berjawatan tinggi, tak bergaji besar cam depa (actually tak bergaji langsung... hehehe), but at least I know that I'm doing something for my family... and that's enough for me to prove to myself that I'm useful to someone, despite what other people think of me.... bak kata hubby saya, mulut tempayan boleh gak kita tolong tutup, mulut orang? Pedulikan apa orang kata, takder effect pun pada kehidupan kita.... Allah lebih tahu apa yang kita buat....

But now that I'm pregnant, it's hard to ignore those words.... memang betul la orang kata, jangan buat orang pregnant sedih, lukanya lama.... huhuhu.... setiap apa yang orang kata, akan sentiasa terngiang2 di telinga.... Ya Allah... mudah2an semua tu hilang lepas bersalin nanti....

Actually, semua dugaan Allah tu ada hikmahnya.... bila terlalu penat, kita akan sentiasa mengadu kepada Allah supaya dikurniakan kudrat untuk terus beribadah.... kita akan lebih bergantung kepada Allah berbanding bergantung kepada manusia, lebih memohon pertolongan dariNya.... mudah2an lebih dekat padaNya, insya Allah....

Dan setiap ujian yang Allah bagi, tak kira la kat rumah ker, kat ofis ker, Allah nak bagi ganjaran pahala pada kita.... Allah nak tabahkan hati kita dengan ujian 'mulut' orang.... so najdah.... tabahkan hati, pedulikan apa yang orang kata coz you have wonderful kids and a loving husband....


Najdah MH
April 6, 2012 @ 5pm

2 comments:

Anonymous said...

Salam,berminat untuk berkongsi pengalaman suka duka sbg ibu@surirumah sepenuh masa.dgn rmi anak2 kecik. For info,sy ada 5 org anak...sulung ( twin- aliyah&asyura) almost 5 yrs.then imran 3 yrs,lastly twin jgk ( asyiqin& athirah).
Sy jumpa blog akak ni dr blog hubby akak,,,sbb husband berminat nk melabur dgn emas.tp sy lebih bminat nk tmbh ilmu&skill mndidik&mgasuh anak...sharing cerita,tukar2 cara selesaikan masalah anak.huhu..sometimes stress jgk dgn diorg ni.

Najdah Mohammed Hussain said...

Salam Ahza,

insyaAllah kita sama2 berkongsi pengalaman…

Wah! 2 pasang kembar! Memang kagum dengan Ahza…bukan senang nak jaga anak kembar ni...

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers