Alhamdu lillah, time cuti ‘Idul Adha Dec lepas sempat ziarah kak Ma (Kasuma) dekat rumah mentuanya di Bachok. Dapat jugak tengok baby kak Ma, Nur Irdina Batrisya yang lahir Oktober lalu. Tapi tak dapat nak amik gambar coz masa tu dah malam. Walaupun pertemuan kami hanya sekejap, tapi kak Ma sempat berkongsi pengalaman pertamanya bersalin. Gerun dan ngeri bila dengar kak Ma bercerita. Bukan sebab susahnya nak bersalin, tapi sebab kesilapan nurse dan doktor yang menjadikan pengalamannya bersalin amat perit. Nak tahu bagaimana, calling-calling la kak Ma…
Tak Dapat Berita
Masa kami ziarah kak Ma baru kami dapat tahu yang sahabiah kami, Zuraini akan melangsungkan pernikahannya pada Khamis 11 Dec 2008, tarikh yang sama dengan kak Ani. Mungkin disebabkan jauh, berita tentang walimahnya tak sampai kepada kami. Tambahan pula, laptop kami kebetulannya rosak sebelum tu, jadi tak dapat la nak bukak email.
Zuraini & Zubir
Tak Dapat Berita
Masa kami ziarah kak Ma baru kami dapat tahu yang sahabiah kami, Zuraini akan melangsungkan pernikahannya pada Khamis 11 Dec 2008, tarikh yang sama dengan kak Ani. Mungkin disebabkan jauh, berita tentang walimahnya tak sampai kepada kami. Tambahan pula, laptop kami kebetulannya rosak sebelum tu, jadi tak dapat la nak bukak email.
Zuraini & Zubir
(Bergambar dengan Zu di bilik pengantin)
Syukur Alhamdu lillah cuaca hari tu agak baik, tak hujan. Pagi tu, kami ke kenduri Zuraini dan pasangannya, Zubir di Pasir Puteh. Disebabkan kekangan masa, kami tak sempat tunggu ketibaan pengantin lelaki. Tak dapat nak kenal siapa suami Zu. Mudah-mudahan HAMCA akan datang, kami berkesempatan untuk berkenal-kenalan dengan akhi Zubir, Insya Allah.
Siti Rohani & Najieb
Siti Rohani & Najieb
(Kak Ani dan Najieb di atas pelamin)
Selepas bergambar dengan Zu (masa tu baru nak touch up), kami ke kenduri kak Ani di Pasir Mas. Kebetulan masa kami sampai kat rumah kak Ani, rombongan pengantin lelaki baru sampai. Apa lagi, kami pun join rombongan. Husband pun as usual la, jadi photographer sambilan (“,). Alhamdu lillah, selain dapat bertemu mata dengan kak Ani serta Zatil, kami juga sempat bertemu dengan kak Yuyu dan kawannya, serta Arif dan isteri, Linda.
(dari kiri Arif, Linda, kak Yuyu dan kawan)
Mudah-mudahan mahligai yang dibina oleh dua orang sahabiah kami ini berkekalan hingga ke syurga, Amin…
Wassalam…
Najdah MH
January 16, 2009
8.14pm
No comments:
Post a Comment