Monday, March 16, 2015

Diary Germany - Switzerland (Hari Pertama)

Penerbangan dari Singapore ke Frankfurt mengambil masa selama 12.5 jam. Satu tempoh yang agak panjang. But since kami sudah biasa travel dari KL - KT - Kelantan untuk tempoh yang lebih kurang sama, tempoh yang panjang ini bukannya menjadi masalah utama bagi kami. Apa yang agak merisaukan kami adalah perbezaan masa yang akan kami alami nanti, atau lebih dikenali sebagai 'Jet Lag'.

Perbezaan masa antara Malaysia dan Frankfurt adalah sebanyak 7 jam, di mana Malaysia lebih awal 7 jam dari Frankfurt. Bagi aku yang pertama kalinya travel oversea, tempoh itu agak panjang. Mudah2an perjalanan kami nanti berjalan dengan lancar insyaAllah.

Flight kami dari Singapore adalah pada jam 1:50 petang. Kami boarding lebih kurang pada jam 1:40 petang. Tidak lama selepas itu, kapal terbang yang kami naiki berlepas dari Changi Airport, membelah awan menuju ke Frankfurt. Bismillahi tawakkaltu alallah, la haula wala quwwata illa billah...kembaraku ke negara Eropah kini bermula...

Penerbangan ke Frankfurt agak memenatkan kerana sepanjang perjalanan adalah waktu siang. Beberapa jam pertama, Alhamdulillah aku tidak mengalami sebarang masalah. Tapi setelah tibanya waktu malam (waktu Malaysia), kepalaku mula terasa pening. Mengikut caturan default setting processor otakku, sudah tiba waktunya untuk aku melelapkan mataku, merehatkan badanku yang seharian penat bekerja. Tapi keadaan di luar kapal terbang yang cerah dan cahaya matahari yang memancar terik menyukarkan keadaan untukku melelapkan mata. Meskipun tirai dijatuhkan, namun masih terasa kehangatan matahari di dinding badan kapal terbang, memberi signal kepada badanku, malam masih belum tiba.

Berkali2 aku cuba melelapkan mata. Dan sesekali aku berjaya. Namun lenaku tak panjang. Aku kerap terjaga. Dan tidurku yang sering terganggu itu menambahkan lagi berat kepalaku. Sesekali aku menonton filem The Expendables 3, lakonan Sylvester Stallone, Jason Statham dan lain2 untuk menghabiskan masa. Movie yang kukira agak menarik, tapi disebabkan keadaan yang kurang selesa, aku tidak dapat betul2 menghayati jalan ceritanya.


Lunch di dalam Silk Air
Setelah tiba waktu makan, kami dihidangkan dengan Halal meal yang berupa roti, salad, sepotong kek lapis pandan serta hidangan utamanya, lamb.

Dessert...yummy...
Belum pun sempat aku menghabiskan hidangan tengahari, pramugari sekali lagi mengagihkan makanan kepada penumpang pesawat. Kali ini yang diagihkan adalah dessert. Ais krim Magnum! Wah! Inilah dessert yang paling best sekali :)

Tiba di ruang udara Germany. Malam mula menunjukkan diri.

Alhamdulillah, setelah 12.5 jam berada di udara, akhirnya kami selamat mendarat di lapangan terbang Frankfurt. Penerbangan selama lebih 12 jam itu Alhamdulillah berjalan dengan lancar walaupun sesekali kapal terbang bergegar tatkala kami bertembung dengan turbulence.

Malam ini, kami check in di Mercure Hotel, di Bensheim, Hesse, Germany. Suhu pada ketika ini adalah 0 darjah celcius. Setelah membersihkan diri serta menunaikan solat jama' Maghrib dan Isya', kami terus merebahkan diri, melelapkan mata menghilangkan penat setelah seharian travel.
________________________________________________________________________

Catatan ini ditulis di Mercure Hotel, Bern, Switzerland pada jam 10:20 malam pada suhu 3 darjah celcius.

No comments:

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers