Wednesday, February 10, 2010

Madu Asli - Penawar Sakit Mata



Jumaat lalu, masa bangun nak solat subuh, mata rasa gatal-gatal dan ada tahi mata (antara simptom sakit mata). Bila tengok kat cermin, memang sah! Dah sakit mata! aduhai... dari mana la pulak berjangkit ni.... ujian dari yang maha Esa.... dah la keesokan harinya ada seminar penting kat PJ! Macam mana ni....

Lepas solat, teringat pada nasihat adik ipar, Ainie dan sorang sahabat CA, Samhan masa sakit mata tahun lepas. Diorang cakap, kalau sakit mata, titikkan madu asli dalam mata. Masa tu, takut nak titik coz tak yakin. Tapi kali ni, tawakkal jer lah coz esok nak gi seminar. Kalau gi klinik, sah lambat sembuh, maunya seminggu. Silap-silap berjangkit pulak ke hubby dan anak-anak. Lagipun, bukankah dalam Al-Quran sendiri ada sebut bahawa madu ni penawar penyakit. So, titik jer lah... huhu

Alhamdulillah kat rumah memang kitorang ada prepare Manuka Honey UMF18, in case kalau batuk. So, apa lagi, 'colek' sikit kat hujung jari, pastu sapu kat mata. Fuhh!! Tak dapat nak ceritakan macam mana rasa dia.... just @#*%$&@!..... patut la adik cakap kawan dia meraung... huhu... tapi takder la sampai nak menangis atau meraung, just @#*%$&@!...

Ingatkan saya jer yang sakit mata, rupa-rupanya Fathi pun sama! Apa lagi, amik madu, sapu kat mata dia. Alhamdulillah dia tak meraung, dia just gosok-gosok jer mata tu... fuhh... lega... hehe

Adik cakap, amik masa sehari gak untuk sembuh. Tapi syukur Alhamdulillah tak sampai tengahari, dah tak merah. Syukur....

Sebenarnya, ada dua sebab kenapa saya berani sapu madu kat mata :

1. Sebab yakin madu tu adalah penawar.
2. Sebab yakin madu Manuka UMF18 yang ada kat rumah ni madu yang betul-betul asli. Kalau tak, tak sapu gak... hehe

Beberapa hari lepas tu, bila bangun tido, still ada tahi mata sikit-sikit. Cuma Alhamdulillah dah tak merah dan tak gatal, and paling menakjubkan, tak berjangkit kat saper-saper... syukur Alhamdulillah... dapat gi seminar weekend tu....

Lepas ni kalau ada saper-saper yang sakit mata, boleh la try. Tapi make sure madu tu yang betul-betul asli....


February 10, 2010 @ 8:00pm

2 comments:

Angin Selat Melaka said...

Assalamualaikum...
Satu lagi cara yang amat berkesan bagi mengubati sakit mata adalah dengan mencuci kuman2 yg ada di akar mata. Ia perlukan suatu kaedah yang betul2 berkesan dan selamat. Info lengkap ada di:

Cara mengubati sakit mata

Bahagian depan mata tak perlu dikacau.

Najdah Mohammed Hussain said...

TQ for the info (",)

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers