Tuesday, January 26, 2010

KCB & KCB 2- The Best Movie Ever


Alhamdulillah semalam dapat jugak tengok filem Ketika Cinta Bertasbih 2 dengan hubby. Masya Allah... betapa hebatnya karya Ustaz Habiburrahman El Shirazy... jalan cerita dia amat menarik dan penuh dengan pengajaran. Secara tak langsung kita dapat belajar adab-adab dalam Islam, especially adab merisik dan berkahwin menurut Islam. Alangkah bagusnya kalau banyak filem Islamik seperti ini yang diterbitkan. Sudah tentu dapat memberi pengaruh yang baik kepada masyarakat, especially kaum remaja yang banyak meniru daripada filem-filem.

Dalam KCB 2 kita dapat lihat betapa mudahnya proses merisik dan berkahwin menurut Islam. Salah satunya melalui babak pernikahan antara Azzam dengan Anna yang sangat simple di mana Azzam hanya berpakaian biasa dan dia menikahi Anna hanya bermaharkan sebentuk cincin. Di situ kita dapat lihat hakikat bahawa perkahwinan itu sebenarnya adalah mudah di sisi Islam. Apa yang penting, cukup syarat SISWA (Suami Isteri Saksi Wali dan Aqad). Tak perlu mas kahwin sampai 5-8 ribu yang sudah tentu menyulitkan pasangan yang ingin berkahwin.

Dalam filem ini juga menunjukkan contoh yang sangat baik kepada kita dalam perihal mencari jodoh dan juga cara yang betul untuk menyunting seorang wanita, iaitu berterus terang dengan si wali seterusnya meminta izin untuk menikahi wanita itu, dan bukannya tackle tuan empunya diri dan bercouple dengannya yang dah pasti salah di sisi agama.

Dan yang paling saya suka tentang KCB dan KCB 2 ni adalah daripada awal hingga akhir cerita, tidak ada persentuhan antara lelaki dan perempuan, walaupun pelakon memegang watak sebagai abang dan adik mahupun sebagai suami dan isteri. Masya Allah.... inilah yang dikatakan sebagai filem Islamik. Dan inilah yang sepatutnya dicontohi oleh pelakon kita. Walaupun berlakon sebagai adik beradik ataupun suami isteri tidak bermakna boleh bersalaman, berpelukan, berpegangan tangan, bertepuk bahu, lebih-lebih lagi melakukan aksi di ranjangan. Astaghfirullahalazim..... mudah-mudahan adegan-adegan seperti ini tidak lagi difilem dan ditayangkan demi mendidik dan melahirkan generasi yang bermoral... insya Allah...

Last but not least, Vote for Islamic Movies!!


Jan 25, 2010 @ 10:00am

No comments:

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers