Monday, July 6, 2009

Musim Buah Di Kampung

Alhamdulillah.... Jumaat lepas sempat jugak balik Kelantan sekejap sempena musim buah.... banyak betul buah durian ngan manggis kat kebun abah.... hubby cakap, dulu masa kecil, dia selalu ajak kawan-kawan datang ke rumah, sama-sama panjat pokok, kutip buah..... sekarang ni, dah ramai kengkawan dia yang berhijrah ke kota.... tak dapatlah nak berkumpul macam dulu-dulu.... hari tu kami ajak jugak mana-mana kawan yang free.... Alhamdulillah, kebetulan kak Ma (Kasuma) ngan husband dia free.... dapat jugak berjumpa ngan mereka....

kami sebenarnya tak bercadang pun nak balik kampung coz cuti sekolah hari tu dah pun balik.... lagipun Aisyah sekolah and hubby takleh amik cuti panjang.... tapi, memandangkan sekarang ni musim buah, dan buah-buahan kat kebun abah menjadi, maka kami ambil keputusan untuk balik walaupun hanya untuk dua hari....

kalau setakat nak makan durian, kat KL ni pun boleh beli.... harga ok, RM8 sekilo bagi D24 ngan IOI.... tapi beli kat sini, dua benda jer lah yang kami dapat - makan durian ngan habis duit.... pastu diri sendiri jer yang happy....

berbanding kalau balik kampung, banyak yang kami dapat - jenguk mama abah di kampung, bawa anak-anak gi jalan-jalan (balik kampung), travel, jumpa ngan sahabat yang dah lama tak jumpa, makan durian and manggis, lagi banyak dari yang beli kat KL, and of course la, spend duit minyak and tol... tapi habis duit untuk balik kampung ni takper, bermakna, sebab bila balik kampung, boleh gembirakan hati parents....

time musim buah ni, kalau anak-cucu balik, mesti parents happy coz ada yang makan hasil tanaman mereka....





"tiada yang lebih menggembirakan hati ibu bapa selain dari menyambut kepulangan anak cucu mereka dari perantauan...."
Written on July 8, 2009 @ 4:51pm

No comments:

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers